Berita Harian

Dua faktor pengaruhi cuaca panas, kering

Fenomena iklim semula jadi, kesan taufan Gaemi jadi punca peningkata­n suhu di Malaysia

- Oleh Ercy Gracella Ajos dan Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my Weather · Badminton · Disasters · Sports · Kuala Lumpur · Philippines · Taiwan · Malaysia · Indian Ocean · Sumatra · China · South Korea · Korea Republic national football team · British North Borneo · Sarawak · Kelantan · Penang · South China Sea · Borneo · Pacific Ocean · Kuala Kedah · Kuala Perlis · Langkawi · Andaman Sea · Taiping · Academy of Sciences Malaysia

Kuala Lumpur: Cuaca panas dan kering dialami negara sejak dua minggu lalu, dipercayai dipengaruh­i dua faktor, iaitu fenomena iklim semula jadi dan kemungkina­n kesan taufan Gaemi yang melanda Filipina dan Taiwan.

Felo Akademi Sains Malaysia, Dr Fredolin Tajudin Tangang, merujuk fenomena iklim semula jadi itu sebagai Boreal summer intraseaso­nal oscillatio­n (BSISO) yang menyebabka­n peningkata­n suhu dan keadaan kering.

BSISO atau ayunan dalam panas Hemisfera Utara menyebabka­n gangguan dalam sistem atmosfera yang bergerak dari Lautan Hindi ke Malaysia dan Sumatera, kemudian ke utara dan mempengaru­hi kawasan Laut China Selatan.

Fredolin menjelaska­n, pergerakan BSISO boleh dihuraikan dalam urutan fasa satu hingga tujuh dan apabila berada pada fasa lima serta enam, biasanya pengukuhan tekanan tinggi berlaku di kawasan Malaysia dan Sumatera.

“Pengukuhan tekanan tinggi menyebabka­n pencapahan kelembapan, menghalang perolakan tempatan, mengurangk­an litupan awan dan hujan serta meningkatk­an keamatan pancaran matahari ke permukaan bumi dan peningkata­n suhu.

“Menurut Pusat Ramalan Iklim APEC di Busan, Korea pada

24 Julai lalu, BSISO menyebabka­n keadaan perolakan terhalang di Malaysia dan kawasan tengah Sumatera dan ia diramal berlarutan sepanjang

Ogos nanti,” katanya kepada BH.

Katanya, keadaan cuaca panas dan kering juga mungkin kerana Gaemi, taufan kuat yang menyebabka­n kelembapan terangkut ke kawasan yang dilanda bencana itu dan menyebabka­n Malaysia kurang kelembapan.

“Ini juga menyebabka­n atmosfera menjadi lebih stabil, menghalang proses perolakan, mengurangk­an litupan awan dan curahan hujan dan seterusnya meningkatk­an suhu,” katanya.

Ditanya sama ada cuaca panas boleh berterusan bagi jangka panjang, termasuk sehingga bertahun mendatang, beliau berkata, kebanyakan pusat ramalan cuaca hanya mengeluark­an ramalan untuk tempoh beberapa bulan ke hadapan.

“Bagi Malaysia, untuk beberapa bulan akan datang, kita akan beralih ke musim perantaraa­n monsun pada September dan Oktober serta musim Monsun Timur Laut pada Disember hingga Februari depan.

“Pusat Ramalan Iklim ramal pada separuh kedua tahun ini akan berlaku La Nina dengan kebarangka­lian melebihi 70 peratus pada September nanti. Ia akan jadikan Malaysia dan Asia Tenggara kawasan penumpuan kelembapan dan ini akan meningkatk­an curahan hujan, termasuk hujan ekstrem,” katanya.

Dijangka hingga September

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Muhammad Helmi Abdullah, dalam satu kenyataan memaklumka­n cuaca panas ketika ini yang dipengaruh­i musim Monsun Barat Daya, dijangka berterusan sehingga

September depan.

“Bagaimanap­un, setakat ini, cuaca di negara ini belum mencapai tahap kemarau. Sepanjang tempoh ini, secara umumnya, kebanyakan kawasan di Malaysia akan alami cuaca kering kerana kurangnya penumpuan udara lembap untuk menghasilk­an hujan.

“Monsun Barat Daya lazimnya bawa angin kering dari arah Sumatera dan Kalimantan, mengakibat­kan kurang hujan di negara kita. Cuaca akan lebih kering sekiranya berlakunya pembentuka­n ribut siklon tropika di barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan.

“Bagaimanap­un tiada jangkaan pembentuka­n ribut siklon tropika di Laut China Selatan dan barat Lautan Pasifik dalam masa terdekat,” katanya menjelaska­n hujan lebih banyak dijangka selepas bermula fasa peralihan monsun sekitar pertengaha­n September hingga awal November depan.

Muhammad Helmi berkata, hujan masih boleh turun di beberapa tempat dalam kuantiti sederhana, terutama di utara dan pedalaman Semenanjun­g, Sabah serta Sarawak.

Mengenai keadaan laut di utara Semenanjun­g yang mengalami ombak tinggi hingga empat meter dan sukar dilalui feri di antara Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi meskipun negara dilanda cuaca panas, beliau berkata, ia disebabkan penumpuan angin kencang dari Laut Andaman.

“Angin kencang bergerak melintasi Segenting Kra dan utara Semenanjun­g kerana kehadiran ribut siklon tropika di Laut China Selatan beberapa hari sebelum ini. Ombak sudah kembali normal setelah berakhirny­a ancaman ribut siklon tropika berkenaan,” katanya.

Mengenai beberapa kawasan tadahan air di Kelantan, Pulau Pinang seperti Sungai Muda, Kedah terutama Tasik Pedu dan Perak seperti Taman Tasik Taiping yang kering kontang, katanya, ia mungkin berkait rapat dengan fenomena El-nino kuat sejak pertengaha­n 2023 sehingga bulan lalu.

“Ia berlarutan kerana bersambung pula dengan musim Monsun Barat Daya yang lazimnya bawa cuaca lebih kering. El-nino selalu dikaitkan dengan cuaca kering, La Nina pula yang dijangka bermula September ini sehingga pertengaha­n 2024, lazimnya bawa cuaca lebih lembap ke negara kita,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Muhammad Helmi Abdullah
Muhammad Helmi Abdullah
 ?? ?? Fredolin Tajudin Tangang
Fredolin Tajudin Tangang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia