Berita Harian

Kerja pengorekan dapat permit MBSJ, PETRONAS

- Putra Heights · Subang Jaya

Kerja pengorekan tanah berhampira­n lokasi insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, mendapat permit yang sah daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan PETRONAS.

Selain itu, kerja yang dilakukan di kawasan berkenaan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, yang mengesahka­n perkara itu, berkata sebelum ini pihaknya menerima laporan penduduk sekitar yang mendakwa terdapat kerja pengorekan di lokasi kejadian.

“Aduan diterima daripada Sistem Pengurusan Aduan dan hasil siasatan MBSJ juga telah dimaklumka­n kepada pengadu.

“MBSJ sudah melakukan siasatan di lokasi kerja mengorek berkenaan dijalankan dan siasatan mendapati kerja itu memiliki permit daripada MBSJ dan PETRONAS, selain mematuhi prosedur (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) insiden letupan paip gas PETRONAS di Putra Heights, di sini semalam.

Sebelum ini, terdapat laporan mengenai beberapa penduduk di Putra Heights menyuaraka­n kebimbanga­n mereka mengenai aktiviti pengorekan tanah di lokasi berhampira­n insiden letupan paip gas bawah tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia