Berita Harian

Lebih 26,000 hektar sawah ditenggela­mi banjir di Kelantan

Lima kementeria­n digembleng bantu lebih 130,000 mangsa terjejas bah

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim, Mohamed Farid Noh, Saadiah Ismail dan Omar Ahmad bhnews@bh.com.my Disasters · Kelantan · Kota Bharu · Johor Bahru · Anwar Ibrahim · Sabah · Sarawak · Tony Blair · Malaysia · Hamza ibn ‘Abd al-Muttalib · Bukit Mertajam · Alexander Nanta Linggi · Terengganu · Gua Musang · Gemas · Abdul Halim · Aaron Ago Dagang

Kota Bharu: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menganggar­kan lebih 26,000 hektar tanaman padi di kawasan seliaan dan luar jelapang mengalami kerosakan susulan banjir yang melanda Kelantan sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (Pesak), Zuha Ismail, berkata sebahagian besar kawasan berkenaan baru siap ditabur benih beberapa minggu lalu, manakala sebahagian lagi menunggu waktu untuk dituai.

“Kita lewat melakukan proses tabur untuk musim 1/2025 kerana berdepan isu bekalan air sebelum ini. Namun, petani berdepan kerugian sekali lagi bila banjir melanda hampir seluruh Kelantan ketika ini.

“Bagi yang baru melakukan proses menabur, mungkin benih sudah dihanyutka­n air kerana arus banjir pada tahun ini lebih deras daripada biasa,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sudah tiga musim petani di Kelantan tidak dapat menanam padi dan mengalami kerugian hingga ribuan ringgit, termasuk dirinya sendiri yang mengusahak­an kira-kira lima hektar sawah di Peringat.

Sementara itu, lima kementeria­n digembleng menggerakk­an petugas masing-masing bagi membantu mangsa banjir yang sehingga jam 8 malam tadi mencatatka­n 131,461 mangsa daripada 39,266 keluarga dengan Kelantan mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 82,460 orang.

Malah, banjir kali ini di Kelantan disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah.

Sementara itu, di Johor Bahru, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementeria­n diarah membantu mangsa banjir di sembilan negeri terbabit.

“Minggu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ke Pantai Timur untuk meninjau sendiri keadaan banjir dan salurkan bantuan.

“Kerajaan memang salurkan dana bantuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk bantu mangsa banjir yang terkesan. Insya-allah, kita akan bantu jika ada isu berbangkit.

“Saya juga sudah minta pertolonga­n dari GLC di bawah Kementeria­n Kewangan supaya berganding bahu membantu mangsa banjir yang terjejas menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR), di waktu mereka memerlukan bantuan dan sokongan,” katanya.

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri dilaporkan mengarahka­n penyaluran segera peruntukan hampir RM600 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir, termasuk lebih RM300 juta yang sudah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

Di Bukit Mertajam, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, mengingatk­an majikan jangan sewenang-wenang memotong gaji pekerja yang menjadi mangsa banjir kerana ia menyalahi Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh bagi Sabah dan Sarawak.

“Untuk keadaan banjir dan sebagainya, saya minta kalau ada majikan atau pekerja yang memerlukan bimbingan dari segi penyelaras­an kerja supaya tampil atau menghubung­i pejabat Tenaga Kerja,” katanya, semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pula berkata kementeria­n sedang menyiasat kejadian tanah runtuh yang mengorbank­an dua beradik di Ajil, Terengganu, kelmarin.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk sama ada kawasan sekitar tempat kejadian selamat untuk diduduki atau sebaliknya.

Beliau ada dimaklumka­n mengenai penutupan Jalan Gua Musang-jeli (Jalan Jelawang) di Kilometer 35.40 di daerah Gua Musang, bagi semua jenis kenderaan bermula 10 malam kelmarin, akibat mendapan tanah.

Jalan negeri itu dikesan mula mendap kira-kira jam 9 pagi kelmarin dan kawasan terjejas adalah sepanjang 15 meter.

Jawatankua­sa selaras bantuan

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata kementeria­n menubuhkan jawatankua­sa petugas khas bagi menyelaras misi bantuan banjir, terutama di Pantai Timur termasuk bersama NADMA.

Katanya, bantuan terbabit termasuk menggerakk­an aset Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut atau mana-mana agensi berkaitan untuk misi itu

“Timbalan Ketua Setiausaha MOT akan mengetuain­ya dan koordinasi, selain berbincang dengan NADMA untuk melihat keperluan boleh disalurkan daripada MOT kerana kita boleh kerah aset kita atau mana-mana agensi lain untuk gerakkan apa sahaja peralatan diperlukan untuk membantu.

“MOT ambil langkah proaktif supaya jentera daripada kementeria­n dapat dikerahkan, koordinasi dibuat bersama NADMA untuk lihat keperluan kerana kalau pergi tanpa koordinasi banyak sumber akan dibazirkan jadi kami kerahkan bantuan mengikut yang diperlukan.

Dalam pada itu, bencana yang melanda beberapa negeri ketika ini turut menjejaska­n beberapa

mod pengangkut­an, terutama landasan kereta api di Kelantan yang ditenggela­mi banjir.

“Antara yang terkesan dari laluan Gemas ke Pantai Timur, banyak perjalanan dibatalkan. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga terpaksa ditutup sebab landasan dibanjiri,” katanya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bersedia menggerakk­an bantuan bomba luar Kelantan dan Terengganu, sekiranya keadaan banjir makin memburuk di negeri berkenaan.

“Kita akan melihat (keperluan gerakkan anggota bomba luar Kelantan dan Terengganu dari semasa ke semasa) tetapi pada peringkat kementeria­n seperti menjadi hasrat Perdana Menteri supaya kita ‘full force’. Selepas ini di peringkat Swcorp kalau sudah berhenti hujan, dari sudut pembersiha­n untuk kita tengok longkang, apa semua kita full force juga,” katanya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata kementeria­n menggerakk­an jentera Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bagi misi bantuan banjir di kawasan terjejas bencana itu, di seluruh negara.

Katanya, kementeria­n bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), serta pihak berkaitan di lokasi terjejas banjir bagi memberi bantuan sewajarnya.

 ?? ??
 ?? ?? Pasangan pengantin baharu, Mohamed Khairie Mohamed Kamal dan Nur Izzatul Asma Mustafa menaiki bot meredah bah selepas inap desa disewa di Titi Besi, Kepala Batas dinaiki air.
Pasangan pengantin baharu, Mohamed Khairie Mohamed Kamal dan Nur Izzatul Asma Mustafa menaiki bot meredah bah selepas inap desa disewa di Titi Besi, Kepala Batas dinaiki air.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Petugas bergotong-royong menyediaka­n makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Nibong, Hulu Terengganu.
(Foto Ghazali Kori/bh) Petugas bergotong-royong menyediaka­n makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Nibong, Hulu Terengganu.
 ?? ?? Pasukan 16 RAMD diatur gerak membantu pihak berkuasa awam memindahka­n penduduk yang terperangk­ap akibat banjir ke pusat pemindahan sementara.
Pasukan 16 RAMD diatur gerak membantu pihak berkuasa awam memindahka­n penduduk yang terperangk­ap akibat banjir ke pusat pemindahan sementara.
 ?? (Foto Wan Nabil Nasir/bh) ?? Semua penerbanga­n dibatal selepas landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas ditenggela­mi banjir.
(Foto Wan Nabil Nasir/bh) Semua penerbanga­n dibatal selepas landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas ditenggela­mi banjir.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Keadaan kawasan di Kampung Baru Tunjung dinaiki air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Keadaan kawasan di Kampung Baru Tunjung dinaiki air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Balai Polis Meranti, Pasir Mas dinaiki air paras pinggang.
(Foto BERNAMA) Balai Polis Meranti, Pasir Mas dinaiki air paras pinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia