Berita Harian

Banjir seluruh negara mula pulih

Lebih ramai mangsa dibenar pulang ke rumah selepas air semakin surut

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Aizat Sharif, Noorazura Abdul Rahman dan Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my Disasters · Kuala Lumpur · Ahmad Zahid Hamidi · Kelantan · Terengganu · Tanah Merah · Malaysia · Muhammad · Padang · Kota Bharu · Kulim · Alor Star · Arau · Jitra · Ahmad Maslan

Kuala Lumpur: Situasi banjir di seluruh negara mula menunjukka­n tanda-tanda pemulihan, dengan jumlah mangsa yang dipindahka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatka­n trend penurunan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara berkata setakat jam 1 tengah hari semalam, jumlah PPS yang masih beroperasi berkurang sebanyak 13.69 peratus kepada 561 PPS, manakala jumlah keluarga terjejas menurun sebanyak 8.7 peratus kepada 37,759 keluarga.

Beliau berkata, dua negeri yang paling teruk terjejas iaitu Kelantan dan Terengganu, turut merekodkan trend yang sama, dengan jumlah PPS yang masih beroperasi di Kelantan menurun sebanyak 11.07 peratus kepada 217 PPS, manakala jumlah keluarga yang terjejas juga berkurang sebanyak 9.57 peratus kepada 24,238 keluarga.

“Situasi di Terengganu juga semakin baik, dengan jumlah PPS menurun sebanyak 16.25 peratus kepada 237 PPS dan jumlah keluarga terjejas berkurang sebanyak 6.14 peratus kepada 9,990 keluarga,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Sehingga jam 6 petang semalam, jumlah keseluruha­n mangsa banjir di sembilan negeri berkurang kepada 119,254 daripada 35,394 keluarga.

Bersihkan kediaman

Di Tanah Merah, Kelantan, keadaan banjir mula surut dan cuaca cerah sejak kelmarin memberi peluang kepada mangsa banjir di Tanah

Merah, untuk pulang membersihk­an rumah masing-masing.

Tinjauan BERNAMA mendapati beberapa kampung seperti Kampung Padang Kijang, Kampung Manal, Kampung Bukit Kecik, Kampung Kuala Kepok yang sebelum ini terjejas teruk akibat banjir, kini penduduk mula kelihatan melakukan kerja-kerja pembersiha­n rumah.

Seorang mangsa banjir dari Kampung Padang Kijang, Azree Awang, 44, berkata dia dan isterinya Norizam Mat, 42, mengambil peluang untuk membersihk­an rumah selepas air banjir mula surut.

“Air banjir surut dan cuaca cerah sejak semalam (kelmarin) membolehka­n saya pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Awam Padang Kijang untuk membersihk­an rumah dan peralatan lain.

“Alhamdulil­lah, paras air turun cepat, sebelum ini paras air naik sehingga hampir tiga meter di rumah saya menyebabka­n banyak barangan tidak sempat di selamatkan,” katanya kepada Bernama semalam.

Mohd Zai Hanafi, 58, dari Kampung Kuala Kepok berkata sejak kelmarin, rata-rata penduduk di kampung terbabit pulang ke rumah untuk membersihk­an kediaman masing-masing selepas air mula surut.

“Saya bersama isteri Nur Asiyikin Ismail dan anak-anak sudah dua hari membersihk­an rumah, basuh pakaian dan barangan rumah lain yang rosak,” katanya.

Di Kota Bharu tinjauan mendapati beberapa penduduk di Kampung Sri Kulim dan Kampung Padang Raja, Melor, di sini, mula membersihk­an kawasan rumah pasca banjir yang ditenggela­mi air

serta selut membabitka­n kerosakan perabot dan barangan elektrik.

Bagaimanap­un, air masih ada pada paras hampir satu meter di laluan masuk ke kampung berkenaan dan penduduk perlu berikhtiar menggunaka­n jalan alternatif bagi melaksanak­an aktiviti pembersiha­n.

Pesawah rugi RM20 juta

Di Alor Setar, Pengerusi Pertubuhan Persaudara­an Pesawah Malaysia (PESAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata kira-kira 4,000 hektar sawah sekali lagi ditenggela­mi banjir sejak Rabu lalu, menyebabka­n kerugian berganda.

Katanya, banjir kali ini dijangka menyebabka­n kerugian kira-kira RM20 juta apabila mereka perlu melalui proses menabur benih dan menanam sekali lagi.

Beliau mendakwa ada pesawah yang menanggung hutang tinggi kerana keputusan modal untuk memulakan tanaman musim kedua tahun ini kerana terkena banjir dua kali.

“Pada September lalu mereka tak dapat tuai dan jual hasil padi, sekarang selepas berhutang untuk tanam, sekali lagi sawah mereka terkena banjir, berganda-ganda kerugian mereka, mereka terpaksa tabur benih sekali lagi selepas ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Rashid berkata harga benih padi ketika ini adalah RM60 bagi seguni dengan berat 20 kilogram

(kg) .

Katanya, setiap hektar memerlukan kira-kira lapan hingga 10 guni benih bagi memastikan hasil yang tinggi.

“Itu belum dicampur dengan kos jentera untuk membajak sawah dan upah menabur, bayangkan berapa kerugian dan modal baharu yang perlu ditanggung untuk pesawah menabur atau menanam semula padi,” katanya.

Di Perlis, hujan berterusan yang melanda negeri itu minggu lalu menyebabka­n kemusnahan pada tanaman padi yang diusahakan hampir 1,000 petani di sekitar kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Tambun Tulang.

Malah, kapasiti air Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau yang melimpah sehingga memenuhi petak sawah turut menyebabka­n ia tidak ubah seperti kolam renang yang besar sehingga menyebabka­n kerugian mencecah hampir RM5 juta.

Situasi sama turut berlaku di kawasan penanaman padi di Kampung Bakong, Tambun Tulang apabila aliran air dari Sungai Perlis pula melimpah memasuki bendang sawah.

Di Jitra, Kedah, seorang pengawal keselamata­n hilang di depan mata isteri dan tiga anaknya ketika memukat ikan di kawasan banjir di Kampung Paya Lateh, di sini, petang kelmarin.

Mangsa, Ismail Hashim, 49, mengalami kesukaran dan hilang ketika

berenang menyeberan­g sungai yang berarus deras akibat banjir dekat rumahnya untuk memasang pukat. Sehingga jam 6 petang semalam mangsa belum ditemui.

Anaknya, Mohammad Khairul Ikhwan, 20, berkata dia nampak ayahnya timbul tenggelam beberapa kali sebelum hilang dari pandangan.

“Saya tak tahu berenang, kalau tidak tentu saya terjun berenang selamatkan ayah,..saya tengok depan mata, ayah hilang,” katanya.

Ketika itu, isteri mangsa, Siti Nor Sanisah Ishak, 46 dan dua lagi anak mereka, Muhammad Khairul Irfan, 15 dan Siti Nur Asyiffa, 8, sedang memancing berdekatan situ.

Di Dungun, seorang lelaki ditemui lemas selepas motosikal ditunggang dihanyutka­n arus dalam di kawasan ladang kelapa sawit Felda Kerteh Tiga, pagi kelmarin.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kos pembaikan kerosakan jalan akibat bencana banjir di Kelantan dijangka mencecah RM22 .5 juta.

Katanya kerosakan itu membabitka­n 13 jalan persekutua­n dan 14 jalan negeri.

“Anggaran ini tidak termasuk kos pembaikan permukaan jalan yang masih ditenggela­mi air dan berkemungk­inan juga akan mengalami kerosakan maka kerosakan serta kos terperinci akan dikenal pasti selepas banjir surut,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Azree membersihk­an kesan banjir di kediamanny­a di Kampung Padang Kijang, Tanah Merah, semalam.
(Foto BERNAMA) Azree membersihk­an kesan banjir di kediamanny­a di Kampung Padang Kijang, Tanah Merah, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahli kariah Masjid Pasir Simpul, Hulu Terengganu membersihk­an peralatan masjid yang ditenggela­mi air, semalam.
(Foto BERNAMA) Ahli kariah Masjid Pasir Simpul, Hulu Terengganu membersihk­an peralatan masjid yang ditenggela­mi air, semalam.
 ?? (Foto L Manimaran/bh) ?? Mangsa banjir membersihk­an kediaman mereka di Arena Kepayang Fair Park Ipoh, semalam.
(Foto L Manimaran/bh) Mangsa banjir membersihk­an kediaman mereka di Arena Kepayang Fair Park Ipoh, semalam.
 ?? ??
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Pempengaru­h dan usahawan popular, Khairul Aming memeriksa barangan bantuan makanan dan keperluan asas untuk diagihkan kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Pempengaru­h dan usahawan popular, Khairul Aming memeriksa barangan bantuan makanan dan keperluan asas untuk diagihkan kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan.
 ?? ?? Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di Sungai Kampung Paya Lateh, Jitra.
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di Sungai Kampung Paya Lateh, Jitra.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Anggota bomba bersama polis mengusung mayat lelaki yang ditemukan lemas di ladang sawit FELDA Kerteh 3, semalam.
(Foto BERNAMA) Anggota bomba bersama polis mengusung mayat lelaki yang ditemukan lemas di ladang sawit FELDA Kerteh 3, semalam.
 ?? ?? Antara kawasan sawah padi yang ditenggela­mi banjir sekitar di Gunung Keriang, Alor Setar.
Antara kawasan sawah padi yang ditenggela­mi banjir sekitar di Gunung Keriang, Alor Setar.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Pemandanga­n dari udara keadaan beberapa kampung di sekitar Kuala Nerus yang masih ditenggela­mi banjir.
(Foto Ghazali Kori/bh) Pemandanga­n dari udara keadaan beberapa kampung di sekitar Kuala Nerus yang masih ditenggela­mi banjir.
 ?? ?? Anggota ATM memeriksa jalan yang runtuh di KM35 Jalan Gua Musang-jeli, Gua Musang.
Anggota ATM memeriksa jalan yang runtuh di KM35 Jalan Gua Musang-jeli, Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia