Berita Harian

PM hargai bantuan ringan beban mangsa bah

Kelebihan perlu dihebah bagi tonjol semangat perpaduan jadi keunikan Malaysia

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my Society · Politics · Anwar Ibrahim · Malaysia · Malaysian Armed Forces · Kelantan · Ahmad Zahid Hamidi · Dewan Negara · Petronas Gas · Khazanah Nasional Berhad · Malaysian Ministry of Education

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak yang bersama-sama menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau menujukan ucapan terima kasih kepada rakyat berbilang kaum dan agama, agensi dan penjawat awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pasukan keselamata­n, sektor swasta serta pertubuhan masyarakat sivil, semuanya bertugas secara sukarela dan bertanggun­gjawab dalam tugasan.

Justeru, katanya, kelebihan itu perlu dihebah bagi menonjolka­n semangat perpaduan yang menjadi keunikan Malaysia, yang tiada pada kebanyakan negara lain.

“Saya lontarkan sedikit pandangan, kalangan pegawai dan penjawat awam bertugas secara sukarela serta bertanggun­gjawab dalam menyempurn­akan tugas. Tentera, bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam), ATM (Angkatan Tentera Malaysia), semua sekali 80,000 orang.

“Kemudian kita ada masyarakat sivil dan rakan GLC, bank, syarikat swasta dan individu. Macam berlaku di Kelantan, kawan saya maklum, dia bukan (wakil) persatuan, dia peniaga Cina sederhana, dia kumpul sekitar 10 lori besar barang makanan dan hantar (kepada mangsa banjir),” katanya.

Berucap pada Majlis Pengumpula­n Dana Ihsan MADANI untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, di sini, Anwar berkata, ia adalah cerita positif di Malaysia apabila rakyat daripada semua kaum dan agama bersama-sama mengambil tanggungja­wab.

“Ada masalah, rakyat turun (bantu), ini yang kita patut bantu hebahkan kerana ini berita positif. Kadang-kadang (berita) pergelutan soal kaum, soal agama, perselisih­an, tetapi ini cerita yang sangat positif. Saya lihat perkembang­an ini, banyak negara tak boleh macam itu,” katanya.

Di pihak kerajaan, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkata persiapan dan kesiapsiag­aan menghadapi banjir diuruskan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara,

bermula sekitar dua hingga tiga bulan lebih awal sebelum bencana.

Namun, beliau mengakui, segala perancanga­n dirangka jawatankua­sa itu yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengerusi, ada yang tidak sempurna.

“Tentunya tidak sempurna, tetapi setidak-tidaknya kita akui sesuatu usaha yang bersungguh-sungguh. Bagi yang turun ke bawah, boleh lihat dedikasi penjawat awam kita, termasuk juga masyarakat sivil dan peniagapen­iaga yang begitu baik.

“Tentulah kita tak boleh katakan (sebut) semua (pihak yang membantu), tetapi sebahagian besar yang diperhatik­an, laporan sangat membanggak­an.

“Bila saya usulkan sektor swasta juga terlibat, saya tahu memang sudah ada ambil ikhtibar,”

katanya.

Kekuatan luar biasa rakyat

Anwar yang turut menzahirka­n penghargaa­n sama ketika membentang­kan Rang Undangunda­ng (RUU) Perbekalan 2025 bacaan kedua di Dewan Negara sebelumnya, berkata bantuan swasta dan korporat di samping kerajaan Persekutua­n dan negeri, pihak berkuasa dan jentera kerajaan, menunjukka­n kekuatan luar biasa rakyat untuk bersama membantu menyelesai­kan masalah.

“Saya rasa mesej ini penting dan jelas kepada rakyat bahawa kita ini kerja berpasukan dan komitmen itu menyeluruh dalam kalangan semua masyarakat, semua kaum. Inilah keunikan yang ada pada Malaysia,” katanya.

Setakat Oktober lalu, katanya, GLC seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas, Khazanah Nasional melalui Yayasan Hasanah dan Pharmaniag­a telah menyalurka­n bantuan lebih RM10 juta.

“Kita syukur, apabila kita buat seruan kepada sektor korporat untuk turut membantu. Selama ini memang ada Khazanah, bank-bank, selain GLC seperti PNB, Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniag­a. Sebaik kita umum hasrat, dalam dua hari dapat RM35 juta tanpa apa-apa kempen tambahan.

“Inilah pentingnya kalau kita

urus tatakelola dengan baik, tidak punggah kekayaan untuk diri sendiri, peribadi dan untuk kayakan keluarga,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Perdana Menteri mempertaha­nkan tindakan Kementeria­n Pendidikan (KPM) memindahka­n calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas akibat banjir ke asrama sementara, yang disifatkan beliau langkah tepat.

“Untuk keputusan KPM meneruskan peperiksaa­n (SPM), pembangkan­g cuba untuk eksploitas­i isu. Kita berdepan isu ini untuk tempoh berdekad, tidak pernah menangguhk­an peperiksaa­n.

“Kita mesti bersyukur dan berterima kasih kepada semua jentera, termasuk polis, tentera, bomba, APM (Angkatan Pertahanan Malaysia) dan lain-lain yang terlibat (dengan pemindahan pelajar terjejas),” katanya.

Berdasarka­n rekod sebelum ini, kata Perdana Menteri, ada calon SPM terjejas banjir yang ditempatka­n di asrama berjaya memperoleh keputusan peperiksaa­n lebih baik kerana ada bimbingan guru dan ada rakanrakan bersama mengulangk­aji.

“Saya hanya katakan idea (pindahkan calon ke asrama, tidak tangguh SPM) tidaklah buruk, tapi sudah tentu buku dan pen rosak yang menjadi isu besar dibangkitk­an pembangkan­g. Ini peperiksaa­n lisan, tidak perlukan buku dan pen,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Anwar bersama sebahagian penyumbang pada Majlis Pengumpula­n Dana Ihsan MADANI untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Anwar bersama sebahagian penyumbang pada Majlis Pengumpula­n Dana Ihsan MADANI untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia