Berita Harian

PM arah selaraskan bantuan dengan MB Selangor, PETRONAS

- Politics · Anwar Ibrahim · Prime Minister's Office · Muhammad · Putra Heights

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahka­n semua bantuan dan usaha koordinasi membabitka­n kebakaran di Putra Heights diselarask­an secara langsung dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin

Shari dan PETRONAS.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.

Katanya, kerjasama antara kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri dan sektor industri amat penting menangani situasi ini dengan segera dan menyeluruh.

“Segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselarask­an secara langsung dengan Menteri Besar Selangor dan pihak PETRONAS diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz,” menurut kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Perdana Menteri akan terus memantau perkembang­an semasa dan memberi sokongan dan dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan serta keselamata­n yang sedang dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia