Harian Metro

Bantuan awal RM1.4 juta diserah kepada 219 mangsa

- Putra Heights · Subang Jaya · Petronas Gas · Anwar Ibrahim

Jaya: Sebanyak RM1.4 juta bantuan awal oleh kerajaan dan Petronas diserahkan kepada 219 mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, semalam.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, ia membabitka­n jumlah RM5,000 kepada pemilik kediaman yang musnah sepenuhnya serta RM2,500 kepada mereka yang sedikit terjejas.

“Sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangk­an beban mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat tragedi itu, terutama umat Islam yang sedang menyambut hari raya Aidilfitri.

“Walaupun tiada kehilangan nyawa namun kemusnahan harta benda sangat besar. Kerajaan Madani, kerajaan negeri dan agensi berkaitan berusaha untuk membantu menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Beliau sebelum itu mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahka­n sumbangan kepada 191 mangsa yang hadir pada majlis penyampaia­n sumbangan di Dewan Masyarakat, Putra Heights di sini.

Turut hadir Pegawai Daerah Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed dan Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.Mengulas lanjut, Azman berkata, kerajaan amat mengalu-alukan

sumbangan pihak swasta dan syarikat korporat menerusi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk membantu kesemua mangsa tragedi.

Beliau berharap lebih ramai pihak yang akan tampil

membantu mangsa.

Seorang penerima, Ahmad Baharudin Hamid, 56, bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaaan dan Petronas walaupun kerugian dialaminya mencecah RM2 juta.

Jurutera syarikat minyak dan gas itu berkata, ia dapat meringanka­n beban keluargany­a bagi membaik pulih rumah serta kenderaan yang rosak teruk.

“Ketika ini, saya bersama isteri dan empat anak masih tinggal di PPS (pusat pemindahan sementara) kerana rumah kami sudah musnah sepenuhnya.

“Apabila ada bantuan ini dapatlah menampung kos pembaikan sikit. Saya pun tidak tahu sampai bila akan tinggal di situ. Saya menantikan tindakan seterusnya daripada kerajaan dan pihak berkaitan mungkin ada bantuan melantik kontraktor atau bantuan kewangan lain,” katanya.

Sementara itu, Ong Yaw Kern, 51, juga mengharapk­an bantuan seterusnya daripada pihak bertanggun­gjawab dalam membaik pulih kediamanny­a yang musnah sepenuhnya.

 ?? ?? AZMAN menyerahka­n bantuan awal kerajaan kepada mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Dewan Masyarakat di Putra Heights.
AZMAN menyerahka­n bantuan awal kerajaan kepada mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Dewan Masyarakat di Putra Heights.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia