Berita Harian

Dua lagi korban banjir di Kelantan

Warga emas lemas ketika sedang pantau ternakan

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi, Zaid Salim, Siti Rohana Idris, Baharom Bakar, Mohd Rafi Mamat dan Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bh.com.my Disasters · Kelantan · Kuala Lumpur · Tumpat · Pahang · Rantau Panjang · Terengganu · Alor Star · Malaysian Armed Forces · Malaysia · Abdul Halim · Real Madrid F.C. · Golok River · Kuantan · Tenaga Nasional · Kepala Batas · Kuala Krai · Bandar Permaisuri

Kuala Lumpur: Banjir meragut nyawa dua lagi mangsa di Kelantan semalam membabitka­n warga emas yang sedang memantau ternakan mereka masing-masing di Kampung Kuala Sat dan Kampung Gelung Gajah, Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi membabitka­n mangsa berusia 72 dan 78 tahun.

Kes itu menjadikan korban banjir seramai lima orang di Kelantan setakat ini.

Mohd Yusoff dalam kejadian pertama membabitka­n mangsa berusia 72 tahun di Kampung Kuala Sat yang dikatakan melihat ternakan lembunya di parit sebelum ditemukan lemas oleh ahli keluarga jam 8 pagi semalam.

“Kes kedua pula membabitka­n mangsa berusia 78 tahun di Kampung Gelang Gajah ketika melihat kambingnya yang ditempatka­n di rakit yang dijadikan tempat perlindung­an ternakan itu.

“Mangsa lemas ketika memantau haiwan peliharaan itu di rumah rakit bersebelah­an rumahnya dengan menaiki perahu,” katanya.

150,482 mangsa dipindahka­n

Sementara itu, banjir merebak ke 10 negeri semalam membabitka­n 150,482 mangsa yang dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) daripada 44,336 keluarga.

Pahang menjadi negeri terbaru yang ditimpa musibah itu membabitka­n 1,152 mangsa daripada 50 keluarga yang ditempatka­n di 20 PPS sehingga jam 6 petang semalam.

Menjelang lewat petang, sebanyak 672 PPS di buka di negeri berkenaan yang menyaksika­n Kelantan mencatatka­n mangsa paling ramai iaitu 96,657 orang daripada 29,764 keluarga, menurut portal bencana NADMA.

Portal infobanjir.water.gov. my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan lima sungai utama masih melepasi paras bahaya, namun menunjukka­n penurunan iaitu Sungai Kelantan di Kusial Baru (16.64 meter), Sungai Kelantan di Kusial (16.66 meter), Sungai Golok di Rantau

Panjang (11.20 meter), Sungai Golok di Tumpat (4.22 meter) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (3.65 meter).

Keadaan di Terengganu juga bertambah buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 41,788 orang daripada 11,274 keluarga yang ditempatka­n di 294 PPS.

Di Kedah pula, mangsa banjir terus juga meningkat kepada 8,427 orang daripada 2,595 keluarga yang kini ditempatka­n di 51 PPS.

Perlis mencatatka­n 75 mangsa; Negeri Sembilan (1,617); Melaka (238); Johor (528); Perak (12) dan Selangor berkurang hanya kepada tiga.

Minta lakukan solat hajat

Di Kuantan, Sultan Pahang, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Almustafa Billah Shah meminta semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri berikutan fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang berlaku kini.

“Saya mendoakan agar semua yang terbabit dengan kejadian banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah diberikan kemudahan, kekuatan dan kesabaran untuk mengharung­i musibah yang melanda,” titah baginda.

Di Alor Setar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan bandar raya itu dan Sik demi keselamata­n orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.

Operasi beberapa agensi kerajaan di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan di Anak Bukit, ditutup sementara disebabkan banjir teruk.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata latihan penerbanga­n Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas akan dihentikan sementara berikutan kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dinaiki air.

Di Bandar Permaisuri, seramai 13 nelayan di Kampung Telaga Papan menanggung kerugian RM.4 juta apabila bot mereka dihanyutka­n ombak besar dihanyutka­n ombak besar awal pagi semalam.

Pegawai Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, sebanyak lapan bot nelayan kelas A dan B serta 10 bot fiber yang berlabuh di jeti pantai di Kampung Telaga Papan mengalami kerosakan teruk.

Sebanyak 174 sekolah terjejas akibat banjir di seluruh negara manakala 396 sekolah dijadikan sebagai PPS sehingga ini.

Di Kuala Krai, penduduk di beberapa buah kampung terpaksa menggunaka­n tali lembu menambat kenderaan mereka pada pokok sawit bagi mengelakka­nnya hanyut dibawa arus deras.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Pemandanga­n udara keadaan sekolah yang ditenggela­mi banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Pemandanga­n udara keadaan sekolah yang ditenggela­mi banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu, semalam.
 ?? (Foto ihsan APM Raub) ?? Angkatan Pertahanan Awam Daerah menguruska­n pemindahan mangsa banjir di daerah Raub, semalam.
(Foto ihsan APM Raub) Angkatan Pertahanan Awam Daerah menguruska­n pemindahan mangsa banjir di daerah Raub, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Jalan Kampung Tujuh berdekatan Taman Sri Bayu, Tumpat yang terputus hubungan.
(Foto BERNAMA) Jalan Kampung Tujuh berdekatan Taman Sri Bayu, Tumpat yang terputus hubungan.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Penduduk di Taman Arena Kepayang Putra, Ipoh meredah air dan menyelamat­kan harta benda.
(Foto BERNAMA) Penduduk di Taman Arena Kepayang Putra, Ipoh meredah air dan menyelamat­kan harta benda.
 ?? (Foto Wan Nabil Nasir/bh) ?? Lebuh raya PLUS Alor Setar-jitra ditutup kepada semua jenis kenderaan.
(Foto Wan Nabil Nasir/bh) Lebuh raya PLUS Alor Setar-jitra ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia