Berita Harian

Mangsa khuatir nasib jangka panjang

Penduduk risau tak mampu bayar sewa rumah lain selepas tempoh enam bulan bantuan tamat

- Oleh Essa Abu Yamin essabuyami­n@bh.com.my Real Estate · Residential Real Estate · Business · Subang Jaya · Robin Padilla · Leasing · Putra Heights · Pasir Mas · Kelantan

Subang Jaya: Penduduk yang terkesan tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights, di sini bersyukur dengan bantuan kos sewa rumah RM2,000 sebulan yang diumumkan kerajaan, namun khuatir nasib jangka panjang terutama selepas tempoh enam bulan bantuan itu diberikan tamat.

Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Abdul Aziz Zakaria, 54, berkata kos sewa rumah di kawasan terbabit rata-ratanya tidak kurang RM1,000 sebulan dan nilai itu besar baginya yang tergolong kategori B40.

“Terima kasih dengan bantuan. Sekurang-kurangnya dapat meringanka­n beban kami sekeluarga dengan menanggung sewa rumah selama enam bulan.

“Cuma saya runsing selepas tempoh enam bulan itu tamat, saya sudah ikhtiar cari rumah sewa lain, tapi harga sewa semuanya terlalu mahal dan saya tidak mampu,” katanya.

Abdul Aziz dan keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Camelia, di sini, sejak kejadian Selasa lalu, selepas kediaman musnah sepenuhnya susulan kejadian letupan itu, menyebabka­n kerugian RM80,000.

Ketika kejadian beliau bersama keluarga tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Pasir Mas,

Kelantan untuk menyambut hari raya.

Kelmarin Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari, berkata kerajaan negeri bersetuju menampung kos sewaan kepada pemilik dan penyewa terjejas dalam kejadian sama yang membabitka­n jumlah RM7.356 juta.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyediaka­n RM2,000 ke

Cuma saya runsing selepas tempoh enam bulan itu tamat, saya sudah ikhtiar cari rumah sewa lain, tetapi harga sewa semuanya terlalu mahal dan saya tidak mampu

Abdul Aziz Zakariar,

Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru

pada setiap pemilik dan penyewa rumah terjejas selama tempoh enam bulan untuk membolehka­n mereka menyewa rumah, sementara kediaman sedang diperbaiki atau dibina semula.

Jelas beliau, RM2,000 disumbangk­an itu boleh digunakan sama ada untuk menyewa di kediaman ditawarkan atau yang diperoleh sendiri.

Perumahan mampu milik

Mengulas lanjut, Abdul Aziz mengakui ada rumah sewa kampung yang ingin disewakan pada harga mencecah RM800 sebulan dan ia masih tinggi bagi dirinya memandangk­an pendapatan­nya hanya cukup-cukup makan.

“Ada yang menawarkan rumah sewa dengan harga berpatutan, tetapi jauh dari tempat saya bekerja dan sekolah.

“Untuk jangka panjang, itulah yang saya runsingkan. Saya perlu fikirkan kebajikan isteri dan

anak saya masing-masing berusia 16 tahun dan sembilan tahun yang masih bersekolah,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan penyelesai­an, Abdul Aziz berkata, pihak berkaitan wajar menempatka­n mangsa kejadian letupan paip gas berkenaan di kawasan perumahan mampu milik dan mungkin boleh memberikan potongan harga berpatutan khas untuk mereka yang terkesan.

Berkongsi keadaan rumahnya, Abdul Aziz berkata, beliau dan isterinya cuba kembali ke rumah untuk mengambil motosikaln­ya yang masih dalam keadaan baik di depan rumah.

“Saya mahu ambil motosikal sebab yang rosak sebahagian sahaja dan mahu menghantar ke bengkel untuk dibaiki, tetapi saya tidak dapat masuk ke kawasan rumah kerana perlu patuh dengan peraturan dikuatkuas­akan di kawasan berkenaan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Anggota polis berkawal di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru bagi menyelaras kemasukan penduduk ke kediaman mereka, semalam.
(Foto BERNAMA) Anggota polis berkawal di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru bagi menyelaras kemasukan penduduk ke kediaman mereka, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia