Harian Metro

Bantuan bencana Nadma RM14.7 juta

Peruntukan untuk pemberian BWI kepada KIR yang terjejas

- Putrajaya Disasters · Putra Heights · Subang Jaya · Petronas Gas

Kerajaan Persekutua­n melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurka­n peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta tahun ini.

Ketua Pengarah Nadma Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

Beliau berkata bantuan berkenaan turut disediakan bagi membantu KIR mangsa bencana yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.

“Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah mengagihka­n bantuan berdasarka­n senarai nama KIR mangsa bencana berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, Khairul Shahril berkata, setiap rumah terkesan akibat bencana itu turut menerima bantuan tunai RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutua­n dan RM5,000 daripada Petronas.

“Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutua­n dan RM2,500 daripada Petronas,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor turut bersetuju memberikan bantuan sewaan RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula. “Peruntukan ini mencermink­an tanda keprihatin­an Kerajaan Madani kepada mangsa bencana di Putra Heights. Bagi melicinkan proses pengagihan bantuan, semua sumbangan disalurkan melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor,” katanya.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa minggu lalu mengakibat­kan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. – Bernama

 ?? ?? SETIAP rumah terkesan akibat kebakaran menerima bantuan tunai RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutua­n dan RM5,000 daripada Petronas.
SETIAP rumah terkesan akibat kebakaran menerima bantuan tunai RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutua­n dan RM5,000 daripada Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia