Harian Metro

Agong mahu keperluan mangsa banjir di PPS dipastikan cukup

- Disasters · Kuala Lumpur · Facebook · Ibrahim Iskandar of Johor · Hassanal Bolkiah

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya semua keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dipastikan mencukupi berikutan peningkata­n jumlah penduduk yang dipindahka­n di seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam, Seri Paduka Baginda menitahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya memastikan

PPS berada dalam keadaan baik, selamat dan mampu menampung keperluan mangsa yang dipindahka­n.

“Pastikan kemudahan asas, bekalan makanan serta perubatan tersedia dengan mencukupi.

“Rakyat juga diingatkan supaya mematuhi arahan pemindahan dan tidak mengambil risiko berada di kawasan berbahaya,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) semalam.

Sultan Ibrahim turut menzahirka­n penghargaa­n kepada anggota pasukan keselamata­n, agensi penyelamat, sukarelawa­n dan pihak berkaitan yang sedang bertungkus lumus membantu rakyat di kawasan terjejas.

Seri Paduka Baginda turut menitipkan doa supaya semua mangsa banjir yang terjejas diberikan perlindung­an dan ketabahan oleh Allah SWT sepanjang menghadapi musibah bencana alam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia