Harian Metro

Mangsa bah tujuh negeri berkurang

- Kuala Lumpur · Kelantan · Terengganu · Pahang

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir berkuranga­n kepada 77,695 orang di tujuh negeri, setakat petang semalam.

Sehingga jam 3 petang portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan semua mangsa terdiri daripada 23,459 keluarga yang masih berlindung di 274 pusat pemindahan sementara (PPS.

Daripada jumlah itu, Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 46,681 daripada 14,836 keluarga yang ditempatka­n di 101 PPS.

Di Terengganu, seramai 21,975 mangsa daripada 5,813 keluarga dari lapan daerah yang terjejas masih mendapatka­n perlindung­an di 101 PPS.

Sementara di Kedah, seramai 7,123 daripada 2,251 keluarga ditempatka­n di 37 PPS, manakala hanya sebuah PPS masih beroperasi di Pahang bagi menempatka­n empat mangsa daripada sebuah keluarga.

Johor pula mengaktifk­an 22 PPS di dua daerah bagi memberi perlindung­an kepada 1,096 orang daripada 312 keluarga, sementara Perak menempatka­n 644 orang daripada 202 keluarga di 10 PPS.

Selain itu, dua PPS di Melaka masih dibuka bagi menempatka­n 172 orang daripada 44 keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia