Harian Metro

Buat penilaian akhir aspek rugi, teknikal

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my Subang Jaya Disasters · Kuala Lumpur · Putrajaya · Malaysia · Kita-ku · Putra Heights

Seramai 25 pegawai penyiasat kebakaran yang dibawa dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini sedang menjalanka­n penilaian akhir di kawasan terjejas akibat kebakaran paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, semua pegawai berkenaan adalah anggota Unit Penyiasata­n Kebakaran yang berkemahir­an.

“Kita juga pecahkan kepada dua pasukan utama iaitu satu fokus kepada anggaran kerugian dan satu lagi kepada aspek teknikal.

“Pasukan teknikal JBPM ini turut bekerjasam­a rapat dengan agensi berkaitan bagi menjalanka­n pemeriksaa­n sistem serta mengenal pasti sebarang kerosakan teknikal yang mungkin menjadi punca kejadian,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Mengulas perkembang­an terkini, Nor Hisham memaklumka­n, JBPM kini berada di fasa akhir proses penilaian keselamata­n, dengan kompilasi maklumat dijangka siap dan diserahkan kepadanya sekitar jam 4 petang (semalam).

“Setakat ini, laporan akhir masih dalam proses

“Laporan akhir masih dalam proses kompilasi. Kami akan bentangkan hasil penilaian kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad­kan”

kompilasi. Kami akan bentangkan hasil penilaian kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad­kan.

“Kami faham tekanan yang dihadapi penduduk, justeru kami tidak mahu mengganggu mereka sebelum semua aspek keselamata­n disahkan,” katanya.

Beliau memaklumka­n bahawa sebarang pengumuman rasmi mengenai penilaian akhir hanya akan dibuat selepas laporan dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri. “Segala sokongan teknikal dan laporan telah siap, namun pengumuman bukan di bawah bidang kuasa JBPM. Ia perlu melalui jawatankua­sa terlebih dahulu,” katanya.

JBPM kini berada di fasa akhir proses penilaian keselamata­n

 ?? Ketua Pengarah JBPM, Nor Hisham ?? KEADAAN kenderaan yang musnah dalam kejadian kebakaran paip gas pada Selasa lalu di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.
Ketua Pengarah JBPM, Nor Hisham KEADAAN kenderaan yang musnah dalam kejadian kebakaran paip gas pada Selasa lalu di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia