Berita Harian

Banjir di Sarawak bertambah buruk

Keadaan di Sabah tidak banyak berubah, jumlah penduduk berpindah di PPS menurun

- Oleh Mohd Roji Kawi, Noor Atiqah Sulaiman dan Yun Mikail bhnews@bh.com.my Sarawak · Kuala Lumpur · Sabah · Miri · Kota Kinabalu · Malaysia · Sandakan · Douglas · Kita-ku · Anwar Ibrahim · Disasters · Serian · Bintulu · Sibu · Telupid · Beluran · Kota Belud · Kota Marudu · Pitas · Lahad Datu · Beaufort

Kuala Lumpur: Keadaan banjir semakin buruk di Sarawak, manakala di Sabah tidak banyak berubah tetapi ada penurunan jumlah penduduk yang berpindah.

Sehingga 6 petang semalam, di Sarawak mencecah 11,000 mangsa banjir daripada 3,039 keluarga yang mendapat perlindung­an di 58 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana

Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada 58 PPS mangsa banjir, Serian masih mencatat jumlah tertinggi dengan 19 PPS, Bintulu (9), Kuching (4), Samarahan (12) dan Miri (9) dan Sibu (5).

Di Kota Kinabalu, lapan PPS membabitka­n lima daerah terjejas banjir di Sabah sudah ditutup.

Setakat jam 5 petang semalam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, semua PPS itu ialah tiga di Telupid, dua daerah Beluran serta satu PPS di daerah Paitan, Sandakan dan Kota Belud.

Jumlah mangsa banjir di Sabah di 34 PPS ialah 5,162 orang daripada 1,789 keluarga, berbanding 5,617 orang daripada 1,899 keluarga pagi semalam.

Kota Marudu kekal mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi, iaitu 2,944 mangsa meliputi 1,095 keluarga.

“Pitas menjadi daerah kedua paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu 766 orang daripada 269 keluarga berada di lima PPS.

“Lahad Datu mencatatka­n 476 orang mangsa di tiga PPS, manakala Telupid pula terdapat 288 mangsa di tujuh PPS,” katanya.

Sementara itu, daerah lain terjejas banjir ialah Paitan (240 mangsa), Kota Belud (229 mangsa), Beaufort (108 mangsa), Beluran (57 mangsa) dan Tongod (54 mangsa).

Pindah aset, bantu mangsa

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah menggerakk­an semua jentera dan kakitangan jabatan

dan agensi kerajaan bagi membantu mangsa di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya menjalinka­n kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mangsa banjir serta memindahka­n

aset dan bantuan ke kawasan bencana.

“NADMA sentiasa berkomunik­asi rapat dengan semua pihak dan kerajaan negeri melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Kita memang sentiasa bersedia dan membuat persediaan awal selepas arahan dikeluarka­n sebelum Monsun Timur Laut oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat.

“Buat masa ini semua jentera sudah dikerah dan pergerakan aset di lapangan akan dibuat berdasarka­n keperluan semasa,” katanya kepada BH.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahka­n pihak berkaitan, termasuk NADMA untuk memperkuku­h jentera penyelaras­an berikutan banjir di Sabah dan Sarawak yang semakin buruk.

 ?? (Foto FB Alexander Nanta Linggi) ?? Penduduk Kampung Tebakang Dayak membawa barang untuk berpindah ke PPS di Serian.
(Foto FB Alexander Nanta Linggi) Penduduk Kampung Tebakang Dayak membawa barang untuk berpindah ke PPS di Serian.
 ?? BERNAMA) ?? Penduduk menggunaka­n perahu untuk berpindah susulan banjir di Kampung Hulu Serian, semalam.(foto
BERNAMA) Penduduk menggunaka­n perahu untuk berpindah susulan banjir di Kampung Hulu Serian, semalam.(foto
 ?? (Foto ihsan APM) ?? Antara mangsa banjir di Sabah ditempatka­n di 34 PPS.
(Foto ihsan APM) Antara mangsa banjir di Sabah ditempatka­n di 34 PPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia