Harian Metro

190 kediaman terjejas kembali diduduki semula

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nur Alif Hazmi Suffian am@hmetro.com.my Subang Jaya Crime · Disasters · Oceania News · Incidents · Putra Heights · Royal Malaysian Police · Malaysia · Petronas Gas · Subang Jaya · Indah Water Konsortium · Telekom Malaysia · Tenaga Nasional · Kita-ku · Kusel

Sebanyak 190 rumah yang terjejas akibat insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini sudah diduduki semula.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 12 agensi sahabat teknikal termasuk

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n kerja-kerja siasatan, pemulihan dan penilaian di kawasan terjejas.

Menurutnya, antara agensi lain yang terlibat ialah Petronas, Koridor Utiliti Selangor (Kusel), Air Selangor, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Indah Water, Telekom Malaysia (TM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Syarikat Perumahan Negara Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Setakat ini sebanyak 487 rumah yang terjejas sudah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, 328 rumah dibenarkan masuk manakala rumah yang sudah diduduki sebanyak 190 rumah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 306 rumah yang terjejas sudah dibekalkan tenaga elektrik oleh pihak

TNB.

“Kita juga menerima sebanyak 741 laporan polis berkaitan insiden ini.

“Op Gas ini dilaksanak­an dengan kekuatan 697 orang daripada 18 agensi dengan kekuatan PDRM termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) ialah seramai 169 orang.

“Pihak PGA masih membuat kawalan keselamata­n 24 jam di kawasan yang terjejas untuk memastikan harta benda yang ditinggalk­an mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Insiden yang berlaku pada 1 April itu mengakibat­kan kerosakan rumah dianggarka­n berjumlah RM65.4 juta termasuk kos untuk pendawaian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika kejadian berjaya menyelamat­kan aset bernilai lebih RM285.9 juta.

 ?? Heights. - Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM ?? PENDUDUK meninjau rumah yang rosak di Kampung Sungai Luar Dalam semalam susulan kebakaran membabitka­n saluran paip gas sepanjang 500 meter di Putra
Heights. - Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM PENDUDUK meninjau rumah yang rosak di Kampung Sungai Luar Dalam semalam susulan kebakaran membabitka­n saluran paip gas sepanjang 500 meter di Putra

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia