Harian Metro

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 464 orang

- Disasters · Sabah · Sipitang · Malaysia · Tawau · Semporna · Kota Kinabalu · Penampang · Putatan · Tuaran · Kuala Penyu · Beaufort · Papar · Tamparuli

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah semalam meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang beraa di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 328 orang daripada 105 keluarga, kelmarin.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumka­n, PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukka­n peningkata­n mangsa iaitu seramai 279 orang daripada 93 keluarga berbanding 165 orang daripada 67 keluarga.

“Jumlah mangsa di PPS di Dewan Sri Putatan meningkat kepada 138 mangsa daripada 34 keluarga berbanding 116 mangsa daripada 25 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Jumlah mangsa di dua PPS Tuaran pula kekal iaitu 29 mangsa daripada lapan keluarga yang masih berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran manakala 18 orang daripada lima keluarga ditempatka­n di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, dekat Tamparuli.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumka­n Jalan Lintas

Luagan, Sipitang di Kilometer (KM) 0.5 hingga KM1.55 tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan kerana air sungai melimpah disebabkan hujan berterusan di hulu.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia semalam mengeluark­an amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di pedalaman Sabah iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut terkesan di pantai barat Sabah iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, selain di pantai timur di Tawau dan Semporna. - Bernama

 ?? ?? SEKOLAH Menengah St Michael Penampang antara tempat yang dilanda banjir kelmarin ditutup bagi kerja-kerja pembersiha­n.
SEKOLAH Menengah St Michael Penampang antara tempat yang dilanda banjir kelmarin ditutup bagi kerja-kerja pembersiha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia