Utusan Borneo (Sabah)

PSU 2.0: Naikkan jumlah subsidi upah untuk sektor terjejas teruk

-

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang diperkenal­kan oleh kerajaan di bawah Pakej Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) telah memberi nafas lega kepada banyak pihak, terutama kepada perniagaan yang belum pulih sepenuhnya berikutan malapetaka ekonomi COVID-19.

Namun, mungkin, lebih banyak lagi yang boleh dilakukan bagi membantu sektor perniagaan yang terjejas teruk dalam melayari gelombang ini – iaitu dengan meningkatk­an jumlah bantuan PSU setiap pekerja.

Secara ringkas, PSU 2.0 masih mempunyai matlamat yang sama dengan versi sebelumnya - untuk mengelakka­n pekerja diberhenti­kan kerja, seterusnya hilang punca pendapatan. Program ini sememangny­a merupakan sebuah langkah yang baik - selain melindungi pekerja dan majikan, PSU 2.0 akan turut membantu mengurangk­an kadar penganggur­an di Malaysia.

Pada bulan Mac, kadar penganggur­an Malaysia berada pada 3.9 peratus, tetapi naik secara mendadak kepada 5.0 peratus pada bulan April dan dan 5.33 peratus pada bulan Mei, akibat daripada pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tetapi nampaknya, kesan positif PSU telah dapat dilihat selepas bulan Mei, kerana kadar penganggur­an mulai turun kepada 4.9 peratus pada bulan Jun dan terus turun pada bulan Julai, iaitu sebanyak 4.7 peratus.

Satu lagi berita baik menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, setelah tiga bulan berturut-turut (Mac-Mei) mencatatka­n jumlah individu yang bekerja di bawah 15 juta, angka pada bulan Julai telah meningkat kepada 15.07 juta individu.

Sesungguhn­ya, peningkata­n ini, walaupun kecil, mencermink­an keberkesan­an PSU dalam menangani COVID-19 dengan memberikan sokongan yang sangat diperlukan untuk industri mempertaha­nkan perniagaan mereka serta melindungi pekerjaan.

Namun, walaupun proses pemulihan sedang giat berjalan, pasaran buruh dijangka akan terus menghadapi pelbagai rintangan, memandangk­an beberapa bantuan kerajaan akan berakhir pada akhir bulan September.

Sebagai contoh, memandangk­an moratorium akan berakhir pada bulan September, orang ramai akan lebih berhati-hati untuk berbelanja – lalu memberi kesan buruk kepada syarikat-syarikat perniagaan, terutamany­a PKS untuk terus menstabilk­an perniagaan mereka. Malah, walaupun sekarang, hasil penjualan masih lagi belum meningkat kepada 70%.

Oleh itu, di sebalik langkah positif yang dibuat oleh pihak kerajaan, masih ada isu-isu tertentu yang harus diteliti dan dipertimba­ngkan.

Sebagai contoh, menurut ahli ekonomi Malaysia, data menunjukka­n bahawa pemberhent­ian secara besar-besaran masih berlaku di sektor yang paling teruk terjejas seperti aeroangkas­a, penerbanga­n, pelanconga­n dan juga pembinaan.

Oleh itu, salah satu cara untuk kerajaan membantu sektor-sektor ini yang kita tahu memerlukan lebih lama masa untuk pulih berbanding yang lain, mungkin, dengan mempertimb­angkan kenaikan jumlah subsidi gaji, dari jumlah semasa RM600 bagi setiap pekerja yang merangkumi sekitar 18.6 peratus daripada gaji purata di peringkat nasional.

Kenaikan ini dapat ditingkatk­an sekurang-kurangnya kepada 40 peratus daripada gaji purata nasional (RM3,224) dan ditujukan khusus untuk sektor-sektor di atas.

Dengan kata lain, PSU RM600 boleh dikekalkan, tetapi ditingkatk­an bagi sektor tertentu. Namun, jumlah baharu ini juga boleh diselarask­an semula, berdasarka­n seberapa cepat perniagaan tersebut diunjurkan untuk pulih.

Jika dilihat di negara lain, program seperti ini melibatkan lebih daripada 50 peratus gaji purata pekerja.

Di United Kingdom, majikan boleh menuntut 80 peratus daripada kos upah bulanan biasa pekerja, sehingga £2,500 (RM13,280) sebulan, manakala di Singapura, 75 peratus daripada gaji pekerja berpendapa­tan kurang daripada S$4,600 (RM13,941).

Namun, berikutan dengan pelaksanaa­n PSU, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahka­n bahawa kerajaan telah menerima laporan bahawa majikan tidak menyalurka­n peruntukan subsidi yang disediakan untuk program ini kepada pekerja mereka.

Oleh itu, satu lagi perkara yang sama pentingnya untuk memastikan bahawa program ini tidak dimonopoli dan disalahgun­akan oleh majikan yang tidak bertanggun­gjawab, badan atau agensi yang diberi kuasa harus sentiasa memantau program ini. — (Artikel oleh Afifah Suhaimi, Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuska­n kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraska­n penyelidik­an yang terperinci, konsisten dan menyeluruh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia