Harian Metro

300 calon SPM dipindah

Pelajar terkandas dihantar ke tiga sekolah menerusi Operasi Murni 8 Briged

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my Kota Bharu Malaysia · Communist Party of Germany · Rantau Panjang · Pasir Mas · Kelantan

Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) berjaya memindahka­n seramai 300 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas akibat banjir di Rantau Panjang, semalam.

Kesemua calon yang membabitka­n beberapa sekolah termasuk Maahad Muhammadi Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang berkenaan dipindahka­n ke tiga sekolah berasrama di Pasir Mas.

Operasi Murni berkenaan bermula jam 7 pagi mengambil masa selama lima jam kerana pergerakan perlu mengharung­i dua lokasi yang ditenggela­mi air.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen)

menerusi satu kenyataan berkata, operasi berkenaan membabitka­n penggunaan sebanyak 11 trak dan 12 bot tempur.

“Pelaksanaa­n operasi khas ini sudah dibincangk­an bersama di antara Panglima 8 Briged dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan serta bantuan daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kelantan.

“Operasi khas ini dijayakan seramai 21 pegawai dan 157 anggota dari pasukan 21 RAMD, 5 RRD, 72 Batalion KPD, 74 Batalion KPD, 6 Kompeni Angkut KPD dan 8 Kompeni Angkut KPD.

“8 Briged turut menempatka­n pegawai perhububun­gan di PKOB negeri dan di PKOB setiap jajahan,” katanya.

Justeru katanya, penduduk setempat yang memerlukan bantuan pemindahan boleh menghubung­i mana-mana PKOB berhampira­n untuk koordinasi bantuan.

“8 Briged turut menempatka­n pegawai perhububun­gan di PKOB negeri dan di PKOB setiap jajahan” Kenyataan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen)

 ?? ?? TRAK Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jalan utama Rantau Panjang-Pasir Mas (Kalbok 5) bagi memindahka­n 189 pelajar sekolah di SMK Rantau Panjang dan SK Gual Tinggi ke asrama mereka selepas terputus hubungan susulan banjir yang berlaku. Kesemua pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. Sehingga kini, kawasan berkenaan masih dinaiki air dan tidak boleh dilalui mana-mana kenderaan ringan.
TRAK Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jalan utama Rantau Panjang-Pasir Mas (Kalbok 5) bagi memindahka­n 189 pelajar sekolah di SMK Rantau Panjang dan SK Gual Tinggi ke asrama mereka selepas terputus hubungan susulan banjir yang berlaku. Kesemua pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini. Sehingga kini, kawasan berkenaan masih dinaiki air dan tidak boleh dilalui mana-mana kenderaan ringan.
 ?? - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? SEBAHAGIAN pelajar sekolah di SMK Rantau Panjang dan SK Gual Tinggi yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini dipindahka­n dengan bantuan ATM ke Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.
- Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR SEBAHAGIAN pelajar sekolah di SMK Rantau Panjang dan SK Gual Tinggi yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini dipindahka­n dengan bantuan ATM ke Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia