Berita Harian

40 pelajar UUM kandas di Hatyai hanya makan bubur nasi dicatu

Bot penyelamat lalu kawasan hotel tempat menginap tak berhenti hulur bantuan

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my Northern University of Malaysia · Malaysia · Thailand · Whatsapp · Facebook · Thai Airways · Grand Hotel · Hujan · Muhammad

Seramai 40 pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di Hatyai, Thailand kekurangan bekalan makanan dan hanya makan bubur nasi yang dicatu.

Seorang daripada mereka menghidap talasemia dilaporkan kehabisan ubat dan tiada siapa mampu keluar untuk membeli ubat atau makanan, berikutan paras air yang menenggela­mi seluruh kawasan hotel.

Beberapa bot penyelamat melalui tempat mereka turut berlalu tanpa berhenti menyebabka­n mereka hanya mampu menunggu dengan penuh harapan.

Pelajar terbabit ialah peserta THAI-MYS Cultural Exchange Programme 2025 dan sepatutnya pulang Sabtu lalu, namun terperangk­ap di hotel akibat banjir besar tanpa elektrik dan air.

Kumpulan itu terperangk­ap di dua tempat, iaitu Wangburapa Grand Hotel dan Hatyai Paradise.

Pelajar, Mimi Nadzirah Afiqah Md Suhaimi, 21, berkata mereka semakin buntu apabila bekalan makanan berkurang, selain internet yang sering terputus.

“Keadaan kami terkawal tapi makanan makin sedikit. Kami cuma makan bubur yang dicatu.

“Hujan tak berhenti, air makin naik. Kami tak boleh keluar. Internet pun putus-putus.

“Kami benar-benar perlukan bantuan,” katanya ketika berhubung menerusi Whatsapp dengan pentadbira­n UUM kelmarin.

Pelajar kehabisan ubat

Seorang rakan mereka menghidap talasemia kini berhadapan risiko kesihatan serius selepas kehabisan ubat yang perlu diambil secara berkala bagi menstabilk­an hemoglobin dalam badan.

“Kami lihat bot lalu dua tiga kali, tapi tak berhenti. Kami hanya berdoa satu daripada bot itu akan hulurkan makanan,” katanya.

Pensyarah UUM, Dr Mohd Hadzrami

Harun Rasit dan Dr Muhammad Harith Zahrullail sanggup meredah air sedalam satu meter demi memeriksa keadaan pelajar dan memastikan tiada yang jatuh sakit atau panik.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalanka­n tugas Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata pihak universiti sentiasa berhubung dengan Konsulat Malaysia di Hatyai dan ibu bapa pelajar untuk perkembang­an terkini.

“Keselamata­n pelajar jadi keutamaan. Kami memaklumka­n keadaan mereka secara berkala kepada ibu bapa,” katanya.

Banjir di Hatyai diramal berlarutan hingga pertengaha­n bulan depan.

Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana Universiti Rangsit, Prof Madya Seree Supratid, berkata walaupun paras air di hulu daerah Sadao semakin menurun, aliran air ke hilir akan meningkat sebelum memasuki bandar, sekali gus memburukka­n lagi keadaan banjir.

“Rumah yang sebelum ini hanya tenggelam satu meter kini ditenggela­mi sepenuhnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

 ?? ?? Pelajar dan pensyarah UUM yang terperangk­ap mengambil bubur yang disediakan oleh warga Hatnyai di Wangburapa Grand Hotel.
Pelajar dan pensyarah UUM yang terperangk­ap mengambil bubur yang disediakan oleh warga Hatnyai di Wangburapa Grand Hotel.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia