Berita Harian

NADMA siap siaga hadapi gelombang kedua banjir

Agensi sentiasa berada dalam keadaan waspada susulan fenomena cuaca luar biasa

- Disasters · Ahmad Zahid Hamidi · United Malays National Organisation · Kelantan · Terengganu Polygon Cycling Team · Malaysia · Palestinian Authority · Sepang · Kuala Terengganu · Strait of Malacca · Bagan Datoh · Jerantut · Pahang · Terengganu · Kuala Selangor · Kuala Langat · Sabak Bernam · Padang Besar · Kangar · Arau · Pasir Mas

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkina­n gelombang kedua banjir, selain memastikan koordinasi bantuan wang ihsan dan keperluan mangsa dilaksanak­an segera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesiapsiag­aan itu dipertingk­atkan susulan fenomena cuaca luar biasa termasuk kejadian Ribut Tropika Senyar dari Selat Melaka, yang jarang berlaku dan menyebabka­n kawasan yang sebelum ini tidak terjejas turut dilanda banjir.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara, berkata bantuan tambahan sentiasa tersedia dan telah dikoordina­si supaya pembayaran bantuan wang ihsan dilakukan segera.

“Mengikut peraturan, bantuan wang ihsan diberikan tiga hari selepas PPS (pusat pemindahan sementara) ditutup. Arahan saya, ketika mereka masih berada di PPS pun bantuan boleh disalurkan kerana mereka memerlukan wang segera untuk membeli peralatan baharu di rumah yang rosak.

“Walaupun jumlah itu tidak mencukupi, keprihatin­an kerajaan adalah membantu, ini bukan pampasan kerana bencana adalah ketentuan Allah SWT dan kita harus menerimany­a,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat ringkas mengenai bencana banjir di Bagan Datuk, semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kesiapsiag­aan menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir telah diatur.

“Kebetulan, NADMA telah mengadakan Bulan Kesiapsiag­aan di Jerantut, Pahang bulan lalu dan koordinasi telah dilakukan di peringkat negara, negeri, dan daerah. Tahun ini, koordinasi dijalankan dengan lebih baik, Insya-allah,” katanya.

Berkenaan lawatannya ke beberapa PPS di Bagan Datuk semalam ini, beliau memaklumka­n berlakunya paip besar pecah, menyebabka­n air tidak dapat disalurkan sepenuhnya ke PPS.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah meminta Lembaga Air Perak (LAP) menyediaka­n tangki air tambahan dan menyalurka­n air ke tangki besar PPS supaya penghuni dapat menggunaka­nnya sepenuhnya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesai­kan masalah banjir di seluruh negara termasuk di Bagan Datuk.

Terdahulu, Ahmad Zahid meninjau PPS di Dewan UMNO, menghadiri taklimat, dan seterusnya melawat PPS Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, kawasan kediamanny­a di Kampung Sungai Nipah Darat, serta PPS Dewan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Bagan Datuk.

Banjir semakin pulih

Sementara itu, banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya semalam, manakala situasi di tujuh negeri yang masih terjejas iaitu Perak, Selangor, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah terus menunjukka­n perkembang­an positif setakat jam 4 petang semalam.

Di Negeri Sembilan, Penga

rah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA), Mohd Nazri Mes Kam memaklumka­n semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup sepenuhnya bermula 10 pagi semalam, selepas semua mangsa banjir kembali ke kediaman masing-masing.

Di Perak, jumlah mangsa terus berkuranga­n petang ini kepada 3,837 orang daripada 1,156 keluarga yang masih berlindung di 21 PPS di lima daerah terjejas, berbanding 4,766 orang daripada 1,447 keluarga, pagi semalam,

Di Selangor, situasi turut menunjukka­n perkembang­an positif dengan jumlah mangsa masih berlindung di PPS menurun kepada 2,224 orang daripada 613 keluarga setakat petang semalam, berbanding 2,707 orang daripada 752 keluarga, pagi semalam.

Sebuah PPS di negeri itu ditutup, menjadikan 29 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

Di Perlis, mangsa banjir menurun kepada 1,387 orang petang semalam berbanding 2,523 mangsa, pagi semalam.

Berdasarka­n data Sekretaria­t

Pengurusan Bencana Negeri Perlis, dua PPS ditutup semalam, manakala 10 lagi masih beroperasi di kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.

Di Terengganu, jumlah mangsa di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu turun secara mendadak kepada 511 orang daripada 178 keluarga, berbanding 1,752 orang daripada 552 keluarga, pagi semalam.

Semua PPS di daerah Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Kelantan, seramai 353 mangsa daripada 129 keluarga masih berlindung di PPS Pasir Mas petang ini berbanding 894 mangsa, pagi semalam.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir menurun kepada 289 orang daripada 79 keluarga petang semalam, berbanding 610 orang daripada 206 keluarga, pagi semalam.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir berkuranga­n kepada 219 orang daripada 64 keluarga setakat 4 petang semalam, berbanding 264 orang daripada 83 keluarga, semalam. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad Zahid beramah mesra bersama mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Kompleks UMNO Bagan Datuk Sungai Sumun, semalam.
(Foto BERNAMA) Ahmad Zahid beramah mesra bersama mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Kompleks UMNO Bagan Datuk Sungai Sumun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia