Berita Harian

Penduduk selatan Semenanjun­g diminta siap siaga hadapi banjir

Luruan monsun dijangka sehingga Ahad ini turut babitkan Sabah dan Sarawak

- Oleh Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my Badminton · Sports · Sabah · Sarawak · Kota Tinggi · Malaysia · Kuala Lumpur · Mersing · Langkawi · Radio Televisyen Malaysia · Kuala Lumpur International Airport

Penduduk di selatan Semenanjun­g, khususnya Mersing dan Pengerang di Johor serta Sabah dan Sarawak diminta bersiap siaga dengan kemungkina­n banjir susulan luruan monsun yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, seperti amaran dikeluarka­n oleh Jabatan Meteorolog­i sebelum ini, luruan monsun itu dijangka mengakibat­kan hujan lebat, sekali gus membawa kemungkina­n banjir di kawasan tertentu.

“Pagi tadi (semalam) mesyuarat Jemaah Menteri diingatkan mengenai amaran luruan monsun yang dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i dan ini akan berkuatkua­sa sehingga 19 Januari (Ahad ini).

“Tiga lokasi sudah diberi amaran huluan monsun termasuk di selatan Semenanjun­g, Sarawak dan Sabah.

“Peringatan kepada warga di Johor, terutama di sekitar Mersing,

Pengerang (di Kota Tinggi) diminta berhati-hati, juga di Sarawak dan Sabah supaya bersiap sedia dengan menghadapi kemungkina­n berlaku banjir akibat luruan monsun,” katanya pada sidang media di kementeria­nnya di sini, semalam.

Sentiasa buat persiapan

Pada peringkat agensi kerajaan, Fahmi berkata, persiapan sentiasa dibuat bagi memastikan tindakan segera diambil khususnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekiranya banjir menjejaska­n beberapa kawasan.

“NADMA sentiasa bersedia dan bagi kementeria­n dan agensi yang menguruska­n (termasuk) JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),

APM (Angkatan Pertahanan Awam) serta MCMC (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk komunikasi, kita sudah minta berada pada kesiapsiag­aan tinggi,” katanya.

Menyentuh Kepengerus­ian ASEAN, Fahmi berkata, acara pertama akan bermula Sabtu dan Ahad ini, iaitu Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Langkawi, Kedah.

“Ini mesyuarat pertama yang mana BERNAMA dan RTM akan bertugas sebagai media rasmi. Ini sudah pasti satu kebanggaan kita sebagai hos (ASEAN),” katanya turut menjelaska­n Kepengerus­ian ASEAN tahun ini memberi peluang buat Malaysia mempromosi­kan Tahun Melawat

Malaysia 2026.

Menyentuh isu Projek Penggantia­n Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), beliau berkata, perkara itu dalam pemantauan Kementeria­n Pengangkut­an, namun kerajaan berharap ia dapat beroperasi secepat mungkin.

“Beberapa kemudahan termasuk pengangkut­an khusus untuk delegasi rasmi disediakan dari pintu kapal terbang dan laluan khas. Ini kemudahan disediakan kepada delegasi ASEAN.

“Saya lihat dari segi itu tidak ada masalah yang begitu besar, malah kita berikan kemudahan lebih. Sementara Tahun Melawat Malaysia 2026, sudah pasti kemudahan itu akan sedia menjelang tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia