Berita Harian

Laluan Kanowit-song ditutup susulan tanah runtuh

- BERNAMA Disasters · Alexander Nanta Linggi · Elvis Presley · Asan · Kaifeng · Harry Bruce

Kapit: Jalan Song/sipan-temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarka­n maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit, penutupan sementara dibuat bagi membolehka­n pihak terbabit membuat lencongan untuk membuka laluan kepada kenderaan ringan.

“Kejadian berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan itu memandangk­an keadaan struktur tanah yang tidak stabil dan tidak selamat.

Nanta berkata, Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas, Lidam Asan dan Pegawai Daerah Song, Harry Bruce, sudah turun padang bagi memeriksa jalan yang runtuh.

Selain itu, Nanta memaklumka­n terdapat beberapa lagi kejadian tanah runtuh di daerah Kapit dan Belaga.

Katanya, kawasan terjejas antaranya simpang masuk ke Menara Pemancar TV & Radio dan Lorong 1, Taman Bian Hua, Daerah Kapit; Kilometer 34, Jalan Menjawah Belaga; dan Jalan Bakun - Belaga iaitu antara Uma Badeng Dangan/ Bakun, daerah Belaga.

Beliau berkata, Elvis mengarahka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kapit untuk memantau secara dekat keadaan di seluruh daerah itu bagi menghadapi sebarang kemungkina­n berikutan cuaca buruk ketika ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Belaga juga sudah mengambil tindakan dengan membersihk­an laluan terjejas bagi membolehka­n pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan.

“JKR turut memasang papan tanda yang bersesuaia­n di lokasi kejadian," katanya sambil menambah penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatk­an agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

 ?? (Foto tular media sosial) ?? Jalan Song/sipan-temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh.
(Foto tular media sosial) Jalan Song/sipan-temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia