Harian Metro

Duka sambut Syawal

Penduduk Kampung Tebrau pasrah kelengkapa­n raya ditenggela­mi bah

- Oleh Izz Laily Hussein am@hmetro.com.my Johor Bahru Disasters · people

Penduduk Kampung Pasir Tebrau, di sini, pasrah dan reda apabila banjir kembali melanda kampung mereka, tahun ini.

Menyifatka­n antara banjir terburuk, pekerja swasta Hairul Azim Jasmin, 21, berkata dia sedih apabila kejadian berlaku pada Ramadan dan menjelang 1 Syawal.

Menurutnya, segala persiapan yang sudah dibeli untuk menyambut Aidilfitri termasuk pakaian, langsir dan televisyen baharu tidak dapat diselamatk­an.

“Sebagai penduduk, inilah cabaran yang kami perlu tempuhi. Saya dan keluarga hanya sempat selamatkan dokumen penting sahaja, manakala selain daripada itu, semuanya musnah ditenggela­mi air,” katanya ketika ditemui untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Hairul Azim yang tinggal di rumah itu sejak lahir bersama ibu bapa dan dua beradik lain mendakwa kejadian banjir akan terus berulang kerana sungai semakin cetek dan tiada pembinaan tebing.

“Kami difahamkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), jika hujan berlarutan dua hingga tiga hari, memang akan jadi masalah sebab sungai semakin cetek dan tiada pembinaan tebing dibuat.

“Jadi, kita memang akan alami benda sama. Tahun lepas juga banjir berlaku awal tahun seperti ini dan keseluruha­nnya musnah,” katanya.

Kampung Pasir Tebrau menempatka­n 105 keluarga dengan 54 rumah terdiri daripada penduduk pelbagai usia.

Suri rumah, Zaleha Bachok, 52, berkata hujan berterusan sejak pagi kelmarin membuatkan rumahnya dinaiki air sehingga ke paras dada walaupun berada di kawasan tinggi.

Menurutnya, keadaan itu menyebabka­n dia terpaksa berbuka puasa di luar apabila air mula naik menjelang petang kelmarin.

“Saya keluar rumah lebih awal kerana hendak selamatkan seorang anak saya yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal.

“Kami redah sahaja air, tetapi ketika itu PPS belum dibuka, jadi saya tunggu sahaja

dan terpaksa buka puasa di luar.

“Pagi ini (semalam), apabila air semakin tinggi, jadi semua penduduk sudah diarahkan kosongkan rumah. Saya tunggu suami serta dua lagi anak saya pindah ke PPS,” katanya.

 ?? ?? ANGGOTA bomba memindahka­n mangsa banjir menggunaka­n bot.
ANGGOTA bomba memindahka­n mangsa banjir menggunaka­n bot.
 ?? ?? HAIRUL Azim
HAIRUL Azim
 ?? ?? ZALEHA
ZALEHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia