Berita Harian

Mangsa banjir di Johor sambut Syawal ala kadar

Penduduk masih sibuk bersihkan kediaman, tiada persiapan raya

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my Disasters · people

Sambutan Aidilfitri tahun ini paling syahdu dan pilu bagi mangsa banjir di Johor apabila mengenang kesan kerosakan dialami, selain timbunan kelengkapa­n rosak dan dipenuhi lumpur.

Meskipun banjir surut sejak Jumaat lagi, kerja pembersiha­n belum selesai sehingga semalam dengan penduduk tidak menolak kemungkina­n ia akan berlarutan sehingga Syawal.

Tinjauan BH di Kampung Seri Jaya, Taman Perling di sini mendapati sampah dan sisa kerosakan akibat banjir dikumpulka­n penduduk di tepi jalan untuk memudahkan kutipan dilakukan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

Malah sepanjang laluan di bahu jalan dari Kampung Jaya Baru

menuju Kampung Seri Sedang Baru dipenuhi sisa sampah barangan penduduk yang rosak.

Pakaian raya rosak, berbau

Seorang penduduk, Rubiah surat, 74, menyifatka­n banjir melanda paling buruk sejak menetap

di kawasan itu 50 tahun lalu sehinggaka­n tidak mampu lagi bersedih melihat keadaan rumah yang dipenuhi lumpur.

“Tiada satu pun pakaian kering untuk kami, semuanya basah terkena banjir. Baju raya lengkap yang anak belikan untuk mak cik dan pak cik juga basah dan berbau busuk.

“Mak cik keluar rumah ketika banjir Khamis lalu, sehelai sepinggang. Beg dijunjung hanya ada dokumen,” katanya.

Ditanya mengenai kerosakan, Rubiah berkata, kediaman serta barang termasuk makanan seperti beras dan ayam dibelanjak­an sehari sebelum banjir rosak dan busuk.

Bukan itu sahaja, katanya, kuih raya dibeli juga digenangi air dan rosak semuanya.

“Raya kali ini tetap raya, tetapi memang tiada apa, ziarah kubur dan duduk di rumah sahaja. Juadah raya pun belum fikir macam mana nak masak sebab dapur dan tong beras pun hanyut,” katanya.

Nasib sama menimpa suri rumah, Jamaliah Yusuf, 45, yang menanggung kerugian apabila biskut raya yang dijual hanyut dan rosak, manakala permaidani dan pakaian raya dibeli basah dan berbau.

“Baju raya memang sediakan awal untuk sekeluarga, tetapi semuanya sudah basah. Apa yang boleh guna kita guna semula. Raya ala kadar sahaja tahun ini,” katanya.

 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Sisa pukal mangsa banjir di sepanjang jalan Kampung Seri Serdang Baru, Johor Bahru.
(Foto Omar Ahmad/bh) Sisa pukal mangsa banjir di sepanjang jalan Kampung Seri Serdang Baru, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia