Berita Harian

Individu, NGO perlu hubungi PKOB untuk salur bantuan

NADMA mahu semua sumbangan diselaras sebelum diagih ke lokasi terjejas

- Oleh Nuratikah Athilya Hassan nuratikah@bh.com.my Disasters · Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu perlu berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri atau daerah sebelum menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim, berkata ia susulan rungutan diterima daripada NGO dan individu yang tampil memberikan bantuan barangan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka dan diselarask­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“NADMA dan seluruh jentera kerajaan amat berterima kasih dan menghargai keprihatin­an semua pihak dalam menghulurk­an bantuan kepada mangsa.

“Bagaimanap­un, semua bentuk sumbangan yang diterima perlu diselarask­an terlebih dahulu pada peringkat sekretaria­t sebelum diedarkan ke kawasan terjejas banjir,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Elak lambakan

Jelas beliau, tindakan itu penting supaya semua sumbangan yang diterima bersesuaia­n dengan keperluan di lapangan dalam jumlah yang mencukupi.

Meor Ismail berkata, ia juga bagi mengelakka­n berlaku lambakan serta pembaziran sumber yang akhirnya akan merugikan tenaga kerja serta berlaku kerosakan atau pertindiha­n barang bantuan.

NADMA dan seluruh jentera kerajaan amat berterima kasih dan menghargai keprihatin­an semua pihak dalam menghulurk­an bantuan kepada mangsa

Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA

“Semua pihak yang ingin memberikan sumbangan sepanjang musim MTL perlu berhubung dengan PKOB negeri atau daerah berkaitan bagi mendapatka­n maklumat keperluan mangsa bencana dan lokasi sebenar sebelum mengatur pergerakan penyampaia­n sumbangan.

“Tindakan ini amat penting kepada PKOB untuk merekod jenis barangan dan jumlah bantuan daripada penyumbang luar supaya memudahkan koordinasi penyaluran bantuan dari satu saluran,” katanya.

Meor Ismail memaklumka­n bahawa kerajaan sentiasa komited memastikan setiap tindak balas dilaksanak­an secara teratur dan menyeluruh dalam pengurusan bencana supaya keselamata­n dan kebajikan mangsa bencana sentiasa terjaga.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia