Berita Harian

Taburan hujan 5 hari lebihi kadar 6 bulan cetus banjir besar

Metmalaysi­a rekod bacaan 1,442mm di Kelantan, 1,761mm pula di Terengganu

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my Weather · Disasters · Kuala Lumpur · Kelantan · Terengganu · Anwar Ibrahim · Malaysia · Dewan Rakyat · UN Security Council · Ahmad Zahid Hamidi · Pasir Mas · Rantau Panjang · Machang · Pahang · Pekan · Japan International Cooperation Agency · Japan · Government of Japan · National Security Council · Tumpat · Pasir Mas · Tanah Merah · Jeli · Kota Bharu · Kuala Krai · Kuantan

Kuala Lumpur: Taburan hujan dialami Kelantan dan Terengganu dalam tempoh lima hari di antara 26 hingga 30 November lalu, didapati melebihi kadar lazim diterima selama enam bulan, menyebabka­n ia mencetuska­n banjir besar di dua negeri terbabit, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dalam tempoh itu stesen hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kelantan, mencatatka­n penerimaan lebih 1,167 milimeter (mm), manakala Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) merekodkan bacaan 1,442 mm.

“Itu adalah rekod hujan yang terlalu tinggi. Di Terengganu, umpamanya di Besut, Metmalaysi­a merekodkan jumlah hujan sebanyak 1,761mm, itu dalam tempoh lima hari dan secara umumnya mencatatka­n 1,439mm.

“Jadi, memang jauh luar daripada jangkaan. Maknanya, lima hari kadar hujannya itu lebih daripada enam bulan biasa,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Mumtaz Md Nawi (Pn-tumpat) mengenai sama ada Dasar Penguranga­n Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) akan dipercepat bagi membolehka­n semua fasiliti besar mitigasi banjir disegeraka­n, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) ke Pantai Timur, susulan banjir dalam skala luar biasa kini yang melanda seluruh negara, yang akan menempuh beberapa gelombang.

Perdana Menteri berkata, DRR diselarask­an Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membolehka­n gerak kerja di semua peringkat kali ini sangat memuaskan.

Tebatan banjir siap 70 peratus

Memperinci­kan kemajuan projek tebatan banjir di Pantai Timur, Perdana Menteri berkata, di Kelantan, dalam Fasa Satu yang meliputi jajahan Tumpat dan sebahagian Pasir Mas sudah siap 70 peratus dan dijangka siap pada awal 2026.

“Fasa Dua yang meliputi jajahan Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas diminta dipercepat, manakala Fasa Tiga, meliputi jajahan Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli sudah siap empat peratus.

“Projek Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan sudah hampir siap, dengan Fasa Satu meliputi jajahan Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, sudah 98 peratus siap dan dijangka siap pada Januari atau Februari 2025), manakala Fasa Dua, meliputi jajahan Kota Bharu, baru dimulakan pada tahun ini dan empat peratus siap.

“Di Terengganu, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kemasik sudah 91.8 peratus siap dan dijangka beroperasi penuh pada akhir Januari 2025, manakala RTB Sungai Tepoh dan Benggol Air Lilih yang baru dimulakan, termasuk di Bukit Puteri dan lain-lain di Bukit payung.

“Tiga projek RTB yang sudah siap di Terengganu iaitu Sg Besut Fasa Satu, Gong Kiat dan Guntung Luar, Setiu,” katanya.

Di Pahang, Perdana Menteri berkata, sebanyak 14 projek utama dilaksanak­an termasuk lapan sedang dalam pelaksanaa­n, termasuk Pekan, Kuantan, Sungai Yeh, Sungai Maran, Sungai Jelai dan Sungai Pahang.

Selain itu katanya, Program Ramalan Dan Amaran Banjir (PRAB) juga canggih, dengan sistem model ramalan banjir itu menggunaka­n pendekatan hidrodinam­ik dan simulasi banjir dihasilkan dengan gabungan pelbagai input, termasuk data hidrologi dari stesen telemetri PRAB dan data ramalan hujan dari Metmalaysi­a yang menggunaka­n model ramalan cuaca berangka, menggunaka­n teknologi satelit dan radar.

“Itu untuk mengenal pasti dan sebab. Sekarang ini kalau diberitahu oleh Ketua Pengarah MET bahawa untuk minggu depan, sekitar 8 atau 9 Disember, kita harus lebih berwaspada.

“Doa insya-allah lebih terkawal, tetapi ada gambaran hujan akan lebat,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan juga, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meneliti kajian Agensi Kerjasama Antarabang­sa

Jepun (JICA) untuk membina tebing tinggi di semua kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Katanya, cadangan yang pernah dibangkitk­an sekitar 20 tahun lalu itu, boleh diusahakan selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara, selesai dilaksanak­an.

“Ada cadangan, saya ingat lama dah 20 tahun lebih yang lepas, dicadangka­n Kerajaan Jepun iaitu projek JAICA umpa

manya untuk mengatasi masalah banjir di Pantai Barat (Malaysia) dan ketika itu tahun 90-an, keperluan perbelanja­an itu sudah mencecah RM10 bilion, sekarang mungkin dah RM20 bilion.

“Antara lain kajian JICA untuk bina tebing tinggi di seluruh kawasan pantai. Sudah tentu ini akan mengambil masa dan mudah-mudahan bila keadaan ekonomi yang jauh lebih kukuh, selesai masalah tebatan banjir kita,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Arus deras banjir menyebabka­n hakisan teruk di Kampung Jubakar Pantai dekat Tumpat, mengakibat­kan beberapa rumah roboh, manakala laluan utama turut runtuh dan terputus hubungan.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Arus deras banjir menyebabka­n hakisan teruk di Kampung Jubakar Pantai dekat Tumpat, mengakibat­kan beberapa rumah roboh, manakala laluan utama turut runtuh dan terputus hubungan.
 ?? (Foto Wan Nabil Nasir/bh) ?? Penduduk membersihk­an rumah, semalam selepas hampir seminggu rumah mereka ditenggela­mi banjir di Taman Tabung Haji, dekat Kepala Batas.
(Foto Wan Nabil Nasir/bh) Penduduk membersihk­an rumah, semalam selepas hampir seminggu rumah mereka ditenggela­mi banjir di Taman Tabung Haji, dekat Kepala Batas.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Penduduk membersihk­an lumpur di kediaman mereka selepas banjir mulai surut di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, semalam.
(Foto BERNAMA) Penduduk membersihk­an lumpur di kediaman mereka selepas banjir mulai surut di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, semalam.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia