Harian Metro

Hujan lebat tahap buruk di Sabah

- Weather · Disasters · Sabah · Kuala Lumpur · Malaysia · Sandakan · Kluang · Mersing · Kulai · Kota Tinggi · Johor Bahru · Sarawak · Sri Aman · Sibu · Bintulu · Ranau · Kota Belud · Kinabatangan · Kudat · Pahang · Terengganu · Kelantan · Hujan · Telupid · Beluran · Serian · Betong · Sarikei · Mukah · Kapit

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) mengeluark­an amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga hari ini.

MetMalaysi­a menerusi kenyataan semalam turut mengeluark­an amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor hingga Ahad ini membabitka­n kawasan

Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarka­n bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitka­n Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga Sabtu ini manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatang­an) dan Kudat hingga hari ini.

MetMalaysi­a turut mengeluark­an amaran angin kencang dan laut bergelora di empat negeri hingga Ahad ini.

Jabatan itu memaklumka­n Amaran Kategori Ketiga membabitka­n kejadian angin kencang timur laut berkelajua­n melebihi 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak hingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Keadaan itu berbahaya kepada aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) turut dikeluarka­n MetMalaysi­a bagi kawasan perairan Sarawak dengan angin kencang timur laut berkelajua­n 40 hingga 50 kmj dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku hingga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia