Harian Metro

Lapor JPS jika siren amaran bermasalah

- Disasters · Malaysia · Comoros · Puchong

Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) meminta orang ramai menjaga 500 unit siren amaran banjir yang sudah dipasang di seluruh negara bagi memantau situasi bencana itu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS Ir Dr Salwa Ramli berkata, siren amaran banjir itu memberi amaran secara lokal kepada penduduk setempat.

“Siren itu berbunyi berdasarka­n kepada status aras air sungai di kawasan terbabit. Ia lebih kepada kawasan pengumuman setempat yang boleh didengari lebih kurang dalam jarak satu hingga dua kilometer (km).

“Cuma kita sarankan kepada masyarakat di kampung untuk turut sama menjaga aset itu sebab ada yang tidak berfungsi akibat perbuatan vandalisme termasuk hilang. Sampah sarap tersangkut juga boleh menjejaska­n fungsinya,” katanya selepas Taklimat Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL)2024/2025 di Markas Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart) Pulau Meranti, Puchong di sini, semalam.

Salwa berkata, pihaknya ada membuat pertemuan dengan ketua kampung bagi mendapatka­n kerjasama.

“Sekiranya melihat alat itu mengalami masalah, terus laporkan kepada JPS daerah bagi tindakan susulan.

“Kami juga dalam perancanga­n untuk menambah siren terbabit terutamany­a untuk kawasan yang tidak ada model ramalan banjirr,” katanya.

Beliau berkata, antara jenis banjir adalah banjir Monsun Timur Laut (MTL), banjir kilat, banjir pantai dan banjir termenung.

“Alat siren ini memang akan ada yang rosak, tetapi pihak kami sentiasa menyelengg­ara bagi menghadapi persiapan banjir.

“Saya juga ingin mempromosi­kan laman sesawang Public Info Banjir yang dibangunka­n sendiri oleh JPS iaitu https://publicinfo­banjir.water.gov.my/,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia