Berita Harian

Sarawak salur RM50,000 kepada lima keluarga mangsa tragedi

Penduduk di kawasan lereng bukit dinasihat pindah segera

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my Crime · Society · Disasters · Sarawak · Miri · Canada · Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg · Kingdom of Sarawak

Kerajaan Sarawak menyalurka­n bantuan RM50,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di Miri, kelmarin.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata bantuan itu disalurkan bagi meringanka­n beban keluarga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Setiap mangsa yang terkorban diberi bantuan RM10,000,” katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, semalam.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Komuniti negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah serta Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, lima mangsa disahkan terkorban selepas tertimbus dalam runtuhan tebing Bukit Kanada itu.

Mereka yang maut ialah dua wanita, Sazarena Arabi, 41; Fatimah Dawi, 71; dua kanak-kanak

perempuan, Nur Raisyah Syahirah, 8, serta Nur Rania Syafiqah, 11 dan remaja lelaki, Irsyad Syairah, 16.

Uggah berkata, isu keselamata­n kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.

Beliau yang juga pengerusi jawatankua­sa itu berkata, perkara itu turut akan dibentangk­an kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi mencari penyelesai­an jangka panjang.

“Perlu ada kajian terhadap rumah di kawasan lereng bukit. Kami juga berharap Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil perhatian terhadap perkara ini.

“Buat masa ini, penduduk kampung yang tinggal di kawasan lereng bukit dinasihatk­an supaya berpindah segera, jika keadaan rumah tidak selamat untuk diduduki,” katanya.

JKM sedia kaunselor

Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM) Sarawak menyediaka­n kaunselor bagi membantu memulihkan emosi semua mangsa yang selamat dalam kejadian itu.

“Bagi keluarga yang terselamat, musibah itu pasti meninggalk­an kesan terhadap mereka dan gangguan emosi yang berat terpaksa ditanggung.

“JKM akan menanganin­ya dengan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat

dan emosi mereka,” katanya.

Selain itu, katanya, JKM juga menggerakk­an kaunselorn­ya ke semua PPS mangsa banjir di seluruh negeri.

“Pejabat JKM di setiap bahagian mempunyai kaunselor, tetapi jika bahagian atau daerah tidak mengalami banjir, kita akan memanggil kaunselor itu untuk membantu di tempat dilanda musibah berkenaan,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Roji Kawi/bh) ?? Douglas Uggah (kanan), Fatimah dan Kui Hian melawat pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, Kuching, semalam.
(Foto Mohd Roji Kawi/bh) Douglas Uggah (kanan), Fatimah dan Kui Hian melawat pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, Kuching, semalam.
 ?? ?? Lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri.
Lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia