Berita Harian

Dana segera lebih RM25J baiki infrastruk­tur terjejas bah

- Disasters · Ipoh · Anwar Ibrahim · Sabah · Sarawak · Kita-ku · Miri · Dana ( United Kingdom) · Abang Haji Openg

Ipoh: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka­n peruntukan segera lebih RM25 juta untuk membaiki infrastruk­tur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak.

Anwar berkata, bantuan kerajaan Persekutua­n kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

“Kalau banjir di Perak kita bagi satu keluarga RM1,000. Di Sabah, Sarawak pun saya ada minta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) segera luluskan RM1,000 ringgit bagi setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

“Kemudian kita siapkan beberapa puluh juta, katanya perlu RM20 juta atau RM25 juta segera untuk perbaiki kerosakan besar. Kita luluskan. Ini pandangan yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim, tetapi ikut tanggungja­wab. Jadi, kita lakukan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-muttaqin, Taman Meru di sini semalam, seperti laporan BERNAMA.

Sementara itu di Miri, kerajaan Sarawak meluluskan dana tambahan berjumlah RM10 juta kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), susulan banjir luar biasa yang melanda negeri itu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata JPBN akan mengagihka­n bantuan di semua kawasan terjejas banjir.

“Banyak kawasan di seluruh Sarawak kini terjejas banjir berikutan cuaca tidak menentu,” katanya.

Abang Johari berkata, JPBN mempunyai peruntukan mencukupi bagi melaksanak­an misi bantuan, namun perlu ditambah untuk meningkatk­an lagi keupayaan menangani bencana itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia