Berita Harian

Tindakan pantas bomba, usaha penduduk selamatkan RM285.9J

Nilai kerosakan kediaman dianggar RM65.4J termasuk kos pendawaian elektrik

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my Disasters · Real Estate · Residential Real Estate · Business · Malaysia · Nilai · Putra Heights

Nilai kerosakan kediaman dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights minggu lalu dianggarka­n mencecah RM65.4 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata hasil penilaian awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu termasuk kos pendawaian elektrik.

Bagaimanap­un, beliau berkata, penilaian kerosakan kepada infrastruk­tur awam dan kawasan berdekatan sedang berjalan.

“Dengan tindakan pantas pihak bomba, juga pasukan keselamata­n kita serta usaha penduduk, kita dapat menyelamat­kan RM285.9 juta,” katanya pada sidang media di Wisma Dewan Annexe, di sini semalam.

Amirudin berkata, sehingga kelmarin, sejumlah 151 rumah disahkan selamat dan pemilik rumah terbabit sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Pasukan sukarelawa­n seperti Sukarelawa­n Selangor (SERVE)

dan Team Selangor telah turun ke rumah-rumah ini untuk membantu proses pembersiha­n dengan kebenaran pemilik rumah agar mereka dapat mula kembali ke kehidupan harian dengan lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata, pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadan­an) akan memberikan bantuan RM500 kepada 265 pelajar bagi membolehka­n mereka membeli keperluan asas yang musnah akibat

kebakaran.

Sementara itu, beliau berkata, JBPM Selangor sudah melakukan pemeriksaa­n dan siasatan terhadap 437 rumah yang dikenal pasti sebagai angka muktamad oleh pasukan teknikal.

Katanya, rumah terbabit diletakkan dalam tiga kategori iaitu musnah sepenuhnya dengan kebakaran struktur melebihi 40 peratus, separa musnah kebakaran struktur kurang 40 peratus dan terkesan tetapi tidak terbakar.

Beliau berkata, bagi kategori pertama sebanyak 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya, manakala 81 lagi ditakrifka­n separa musnah dan 57 lagi terbakar tetapi tidak mengalami kebakaran kepada struktur dan baki 218 rumah diperiksa tidak terjejas.

“Mesyuarat hari ini (semalam) juga memuktamad­kan senarai mangsa dan sehingga jam 6 petang semalam (kelmarin), 613 isi rumah didaftarka­n dengan pusat pemindahan sementara (PPS) daripada keseluruha­n 437 rumah termasuk yang disewakan bilik,” katanya.

Terima sumbangan tunai

Selain itu, Amirudin berkata, pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akan menerima bantuan tunai RM10,000, iaitu masing-masing RM5,000 sumbangan PETRONAS dan kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata, rumah yang terkesan dan juga penyewa, masing-masing menerima RM2,500 dari PETRONAS dan kerajaan Persekutua­n.

Katanya, sesi pertama penyampaia­n bantuan semalam dilaksanak­an kerajaan negeri membabitka­n 219 pemilik yang sudah disahkan.

Selain itu beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju menampung kos sewaan kepada pemilik dan penyewa yang terjejas dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM7.356 juta membabitka­n 617 keluarga.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan sebanyak RM2,000 kepada setiap pemilik dan penyewa rumah yang terjejas selama tempoh enam bulan bagi membolehka­n mereka menyewa rumah, sementara rumah sedang diperbaiki atau dibina semula.

Beliau turut mengumumka­n Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Johary Anuar mengetuai fasa pemulihan termasuk keadaan dan kaedah baik pulih kawasan seperti rumah, jalan, infrastruk­tur dan fasiliti awam.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Penduduk memeriksa kediaman dan kenderaan yang musnah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, semalam.
(Foto BERNAMA) Penduduk memeriksa kediaman dan kenderaan yang musnah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia