Berita Harian

Mangsa bah di 10 negeri berkuranga­n

Seramai 22,983 individu daripada 7,300 keluarga direkod setakat 6 petang semalam

- Oleh Nuratikah Athilya Hassan nuratikah@bh.com.my Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Kelantan · Kota Bharu · Bagan Datoh · Padang · Kuala Selangor · Shah Alam · Klang · Padang Besar · Terengganu · Penang · Seberang Perai · Pahang · Sarawak · Binjai · Tumpat · Bachok · Kuala Kangsar · Sepang · Brickfields · Miri · Tanah Merah · Rantau Panjang · Kangar · Pasir Mas · Alor Gajah

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di 10 negeri terus menunjukka­n penurunan apabila setakat jam 6 petang semalam, seramai 22,983 mangsa daripada 7,300 keluarga direkodkan.

Menurut portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan terus mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi dengan 9,564 orang yang kini ditempatka­n di 40 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan

Pasir Puteh, membabitka­n 3,530 keluarga.

Dalam pada itu, Perak menjadi negeri kedua paling terjejas dengan 3,092 mangsa yang berlindung di 35 PPS di Perak Tengah, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Kuala Kangsar.

Selangor pula merekodkan 2,729 mangsa daripada 751 keluarga yang berlindung di 20 PPS di Kuala Selangor, Shah Alam, Klang, Sabak Bernam, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Di Kedah, jumlah mangsa setakat ini adalah seramai 1,503 orang membabitka­n 481 keluarga yang ditempatka­n di 10 PPS di Kubang Pasu.

Pada masa sama, Perlis mencatatka­n seramai 5,966 mangsa daripada 1,516 keluarga dan ditempatka­n di PPS di Kangar, Padang Besar dan Arau.

Di Terengganu, merekodkan 19 mangsa yang dipindahka­n ke satu PPS di daerah Marang, manakala

Pulau Pinang mencatatka­n 50 mangsa di satu PPS di Seberang Perai Tengah.

Bagi negeri terbaharu yang dilanda banjir semalam, jumlah mangsa yang dilaporkan di Pahang adalah seramai 42 orang daripada 19 keluarga dan ditempatka­n di dua PPS iaitu di Raub serta Lipis.

3 mangsa di PPS

Seterusnya, Kuala Lumpur pula hanya merekodkan tiga mangsa membabitka­n tiga keluarga dan ditempatka­n di satu PPS di daerah Brickfield­s.

Keadaan banjir di Sarawak pula dilaporkan seramai 32 mangsa dengan satu PPS dibuka bagi menempatka­n

tujuh keluarga di daerah Miri.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan beberapa kawasan rendah di sepanjang Sungai Golok membabitka­n jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli diramal dilanda banjir mulai jam 6 petang semalam hingga 11 malam 27 November berikutan hujan berterusan serta peningkata­n paras air sungai.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran menerusi kenyataan semalam, memaklumka­n ramalan itu dibuat susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i serta status paras air

Sungai Golok yang dijangka melepasi aras bahaya.

Menurut kenyataan itu, kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Sungai Golok, Pasir Mas dijangka terjejas antaranya meliputi Alor Gajah, Kubang Binjai, Kubang Dapat, Kubang Hakim, Kubang Keroh, Kubang Pak Hitam, Lubok Kawah, Meranti, Senor, Kampung Siram, Kampung Bukit Lata dan Kampung Banggol Kong.

Lokasi dijangka banjir termasuk Rantau Panjang, antaranya meliputi Kampung Tersang, Kampung Lachang, Kampung Gual To’deh, Kampung Mak Ribi Jemerak Perol dan Pekan Rantau Panjang.

 ?? (Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) ?? Banjir yang melanda Kampung Tok Kiong di Jitra, semalam.
(Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) Banjir yang melanda Kampung Tok Kiong di Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia