Harian Metro

Beberapa tempat bakal terima taburan hujan lebih dari tahun lepas

- Weather · Disasters · Thailand · Sabah · Sarawak · Malaysia · Puchong

Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai tahap kemuncak bermula hujung November hingga Januari tahun depan di negeri bersempada­n dengan Thailand termasuk Sabah Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarka­n situasi itu, ramalan jangka panjang kebanyakan model menunjukka­n akan menerima lebih hujan 20 hingga 40 peratus berbanding tahun lepas.

Menurutnya, negeri utara bersempada­n dengan Thailand akan berlaku hujan lebih sedikit daripada purata taburan hujan bermula penghujung November ini hingga Januari manakala di Sabah lebih panjang sehingga Februari atau Mac.

Ditanya mengenai amaran untuk tidak turun ke laut akibat ombak kuat, Mohd Hisham berkata, itu

bergantung kepada pihak berkuasa manakala di pihaknya hanya memberi nasihat.

“Buat masa ini angin timur laut belum lagi bertiup kencang jadi keadaan ombak saya rasa tidak berbahaya lagi untuk aktiviti

laut.

“Namun kita akan kemas kini maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan Menghadapi Monsun Timur

Laut (MTL)2024/2025 di Markas Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart) Pulau Meranti, Puchong di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian banjir bergantung kepada berapa milimeter (mm) hujan yang diterima dalam tempoh masa tertentu.

“Sebagai contoh, satu negeri dijangka menerima 800mm atau 1,000mm dalam sebulan, tetapi jumlah hujan itu datang dalam tempoh beberapa hari sahaja maka akan menyebabka­n berlaku banjir,” katanya.

Mengulas mengenai myCuaca, Mohd Hisham berkata, lebih 200,000 pengguna telah memuat naik aplikasi itu yang menjadi rujukan semasa kepada pengguna.

“Segala maklumat terkini berhubung cuaca akan dimaklumka­n dalam myCuaca malah turut dikongsi berkaitan situasi laut dan gempa,” katanya.

 ?? - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH ?? NEGERI utara bersempada­n dengan Thailand dijangka akan berlaku hujan lebih sedikit.
- Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH NEGERI utara bersempada­n dengan Thailand dijangka akan berlaku hujan lebih sedikit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia