Berita Harian

Lebih 20,000 berpindah ke PPS

Banjir di Kelantan, Terengganu semakin buruk babit 15 daerah

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim, Syaherah Mustafa, Hidayatida­yu Razali, Hazira Ahmad Zaidi dan Nazdy Harun bhnews@bh.com.my Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Kelantan · Terengganu · Pasir Mas · Kuala Krai · Machang · Tanah Merah · Kota Bharu · Bachok · Tumpat · Rantau Panjang · Malaysia · Lima · George Town · Jeli · Parit

Kuala Lumpur: Banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan lebih 20,000 penduduk ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.

Mangsa banjir di Kelantan bertambah dengan mendadak kepada 17,927 sehingga 6.45 petang, berbanding 9,868 orang pada 3 petang.

Sembilan daerah terjejas dan PPS dibuka di Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

Di Terengganu, seramai 2,339 individu berpindah ke PPS di enam daerah terjejas sehingga 6 petang semalam.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa

Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Besut paling ramai terjejas dengan 1,102 mangsa di 20 PPS.

11 sungai di paras amaran

Laman web Infobanjir memaklumka­n 11 sungai di negeri ini berada pada amaran bahaya iaitu di Sungai Besut di Jambatan Keruak, dengan bacaan 37.16 meter berbanding 35 meter.

Sungai Besut di Kampung La, bacaan 23.93 meter berbanding 21.8 meter, manakala Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu, mencatat bacaan 24.53 meter berbanding 24.5 meter.

Banjir di Rantau Panjang, Kelantan mengakibat­kan perniagaan ditutup selepas semua jalan masuk ke pekan itu dinaiki air 0.4 hingga 0.8 meter tengah hari semalam.

Tinjauan di tiga pintu penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati hanya pintu satu boleh dilalui kenderaan berat, manakala pintu dua di Kampung Parit Air serta pintu tiga di Kampung Kubang Rambutan ditutup.

Peniaga, Amran Abdullah, 45, berkata beliau membuka kedai pakaian jam 10 pagi, namun pada tengah hari, beberapa jalan mula dinaiki air.

“Ramai rakan peniaga yang membuka kedai separuh hari saja dan mengambil keputusan mengemas barang kerana bimbang paras naik dan memasuki dalam premis ini,” katanya.

Banjir di Kota Bharu menyebabka­n Loji Rawatan Air Teluk Mesira, Bachok terpaksa dihenti tugas yang menjejaska­n 1,300 akaun pengguna semalam.

Jabatan Korporat Air Kelantan Sdn Bhd memaklumka­n, kawasan terbabit ialah Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Tok Jawa, Budi, Pintu Gerbang, Wakaf Zin, Desa Kerian, Dusun Durian, Chicha Menyabung dan Kampung Gajah Mati.

Di Kuala Krai, lebih 2,000 penduduk daripada lima kampung terkepung selepas jambatan dan laluan utama untuk keluar ditenggela­mi air susulan hujan lebat sejak Isnin lalu.

Lima kampung berkenaan ialah Kampung Mia, Kampung Ulu Manah, Kampung Tanjung Kala, Sungai Tasan dan Ladang Kuala Pertang.

Penghulu Mukim Kuala Pertang, Mat Ropi Abdullah, 49, berkata antara jambatan yang ditenggela­mi air ialah Jambatan Kuala Pertang, Jambatan Sungai Tasan, Jambatan Kampung Mia dan jalan masuk ke Kampung Ulu Manah.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18RAMD) (Para) Kem Sri Pantai, Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abd Aziz (tengah) bersama anggota membantu memindahka­n kanak-kanak yang terperangk­ap dalam kediaman mereka menerusi Ops Murni di Kampung Tengkawang, Kuala Berang, semalam.
(Foto BERNAMA) Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18RAMD) (Para) Kem Sri Pantai, Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abd Aziz (tengah) bersama anggota membantu memindahka­n kanak-kanak yang terperangk­ap dalam kediaman mereka menerusi Ops Murni di Kampung Tengkawang, Kuala Berang, semalam.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Warga emas Lijah Mohd menunggu untuk dipindahka­n selepas kawasan kediamanny­a di Kampung Matang, Kuala Terengganu ditenggela­mi air setinggi paras satu meter, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Warga emas Lijah Mohd menunggu untuk dipindahka­n selepas kawasan kediamanny­a di Kampung Matang, Kuala Terengganu ditenggela­mi air setinggi paras satu meter, semalam.
 ?? ?? Kedai peniaga yang musnah dipukul ombak di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.
Kedai peniaga yang musnah dipukul ombak di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Penduduk meredah banjir selepas beberapa jalan utama di Kota Bharu - Ketereh dilanda banjir kilat pagi semalam susulan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Penduduk meredah banjir selepas beberapa jalan utama di Kota Bharu - Ketereh dilanda banjir kilat pagi semalam susulan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.
 ?? (Foto ihsan JBPM) ?? Anggota bomba berusaha mengeluark­an mayat lelaki warga emas yang terperangk­ap di dalam kereta yang dipercayai terbabas ke dalam parit ketika banjir kilat melanda Kapit awal pagi, semalam.
(Foto ihsan JBPM) Anggota bomba berusaha mengeluark­an mayat lelaki warga emas yang terperangk­ap di dalam kereta yang dipercayai terbabas ke dalam parit ketika banjir kilat melanda Kapit awal pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia