Berita Harian

Skuad Ihsan MADANI hulur bantuan pasca banjir di Kelantan

- BERNAMA Disasters · Waste Management

Kerajaan Selangor menggerakk­an Skuad Ihsan MADANI ke Kelantan semalam, bagi membantu membersihk­an kemudahan awam dan rumah penduduk yang terjejas banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata skuad yang terdiri daripada anggota pihak berkuasa tempatan dan sukarelawa­n bagi operasi pascabanji­r sebagai komitmen terhadap usaha kemanusiaa­n dan tanggungja­wab sosial.

Beliau berkata, misi disertai 130 individu bersama 45 jentera itu akan menumpukan kepada kerja pembersiha­n bermula hingga Khamis ini.

Skuad itu katanya, turut disertai syarikat pembersiha­n sampah negeri KDEB Waste Management yang akan melaksanak­an pembersiha­n infrastruk­tur awam, selain rumah penduduk.

Hulur RM500,000

Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga akan memberi sumbangan berjumlah RM500,000 kepada kerajaan Kelantan sebagai bantuan sokongan susulan banjir.

Katanya, perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada esok untuk dimuktamad­kan.

“Bantuan sokongan ini diberikan untuk kegunaan membaik pulih infrastruk­tur dan kemudahan lain yang terjejas. Secara umumnya, kita memang ada Tabung Selangor Prihatin yang akan disalur kepada mana-mana tempat ditimpa bencana,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI: Bantuan Pascabanji­r Selangor Kelantan di sini semalam.

 ?? ??
 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir (lima dari kanan) pada konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI ke Kelantan, di Shah Alam, semalam.
(Foto Faiz Anuar/bh) Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir (lima dari kanan) pada konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI ke Kelantan, di Shah Alam, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Amirudin melepaskan konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI ke Kelantan di Shah Alam, semalam.
(Foto BERNAMA) Amirudin melepaskan konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI ke Kelantan di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia