Berita Harian

Selangor punyai simpanan air untuk tempoh sembilan bulan

- Ecology · Drought · Natural Disasters · Disasters · Shah Alam · Malaysia

Kerajaan negeri usaha tampung bekalan untuk keperluan penduduk hadapi El Nino

Shah Alam: Selangor mempunyai simpanan bekalan air yang dapat menampung keperluan penduduk untuk tempoh kira-kira sembilan bulan, bagi menghadapi fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

EXCO Infrastruk­tur dan Pertanian negeri, Izham Hashim, berkata empangan di negeri itu mempunyai simpanan air untuk keperluan pengguna selama enam bulan, manakala kolam air takungan untuk tempoh tiga bulan.

“Kita kini dalam proses untuk memastikan semua bekalan itu bersambung bagi membolehka­n kita dapat menggunaka­n air tersebut apabila diperlukan,” katanya ketika lawatan kerja ke tapak projek pemulihara­an Sungai Klang, di sini semalam.

Beliau berkata, usaha kerajaan Selangor berkenaan sejajar dengan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidik­an Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang menjangka kemarau akan melanda negara pada 2026.

“Kita merancang dan buat persiapan, kemarau terakhir melanda negara adalah pada 2014 dan kitaran fenomena itu akan berulang dan kita perlu melakukan persiapan dan berharap ia tidak teruk,” katanya.

Mengenai lawatan beliau hari ini, Izham berkata, projek terbabit merangkumi kerja pendalaman dan pelebaran 56 kilometer Sungai Klang serta pengukuhan tanah tebing dan pembinaan permatang yang dijangka siap pada 2028 melibatkan kos RM700 juta.

Timbunan sampah-sarap Katanya, usaha itu berdepan cabaran ekoran timbunan sampah-sarap dan mendapan yang terkumpul di dasar sungai sedalam dua hingga tiga meter, berbanding empat meter ketinggian sungai yang menyukarka­n operasi pendalaman dan pelebaran sungai.

“Barang buangan besar seperti tayar dan perabot serta plastik menjejaska­n keadaan teknikal jentera pengorek dan menyebabka­n gangguan terhadap operasi harian,” katanya.

Izham berkata, projek terbabit menyasarka­n untuk meningkatk­an kapasiti Sungai Klang sebanyak 40 peratus apabila siap sepenuhnya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Izham (kanan) melawat tapak projek tebatan banjir Sungai Klang, Shah Alam, semalam.
(Foto BERNAMA) Izham (kanan) melawat tapak projek tebatan banjir Sungai Klang, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia