Harian Metro

Lapan PPS di Pahang tempatkan 441 mangsa

- Disasters · Pahang

Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat susulan Lipis menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu, menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 9 pagi semalam.

Laporan itu memaklumka­n sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Lipis yang menempatka­n 218 mangsa daripada 61 keluarga iaitu Sekolah Kebangsaan Kechaui Tui (133 orang daripada 34 keluarga) dan Dewan Semai Bakti Felda Kechaui (85 orang daripada 27 keluarga).

Raub yang mula dilanda banjir awal pagi semalam, mencatatka­n pertambaha­n bilangan mangsa kepada 223 orang daripada 66 keluarga yang berlindung di enam PPS berbanding 99 orang daripada 25 keluarga di dua PPS semalam.

Enam PPS terbabit ialah Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang, Masjid Kampung Pintu Padang, Pusat Kegiatan Kemas Gali, Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali, Sekolah Menengah Agama Al-Fallah Batu Talam dan Balai Raya Kampung Sungai Pasu.

“Jumlah keseluruha­n mangsa banjir di negeri ini melibatkan Lipis dan Raub setakat pukul 9 pagi adalah sebanyak 441 mangsa daripada 127 keluarga dengan pembukaan lapan PPS,” menurut laporan itu.

 ?? - Gambar IHSAN APM RAUB ?? KEADAAN paras air yang naik di halaman dua buah kampung di Raub.
- Gambar IHSAN APM RAUB KEADAAN paras air yang naik di halaman dua buah kampung di Raub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia