Berita Harian

Luruan monsun sebabkan hujan berterusan di timur Semenanjun­g

Metmalaysi­a ramal 5 hingga 7 episod hujan lebat mulai 8-14 Disember Jika di Pantai Timur, negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang antara paling terjejas ketika MTL, di Pantai Barat juga tak terlepas kerana apabila luruan monsun ini kuat, ia boleh

- Oleh Ercy Gracella Ajos ercy.gracella@bh.com.my Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Metmalaysi­a Weather · Disasters · Natural Disasters · Kuala Lumpur · Malaysia · Kelantan · Terengganu · Pahang · Sarawak · Sabah · China · Titiwangsa Mountains · South China Sea · Kita-ku

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) menjangkak­an luruan monsun akan bermula 8 hingga 14 Disember selama seminggu yang berpotensi menyebabka­n hujan berterusan di timur Semenanjun­g.

Dalam kenyataann­ya semalam, Metmalaysi­a berkata, berdasarka­n analisis model cuaca terkini, penumpuan angin juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang ini hingga awal pagi esok.

“Keadaan ini berpotensi menghasilk­an ribut petir serta hujan lebat dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Metmalaysi­a, Ambun Dindang memberitah­u BH, Metmalaysi­a meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula awal bulan lalu, akan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.

“Ketika fasa awal MTL, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri lebih berpotensi untuk berlaku hujan lebat ialah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Banjir mula melanda negara sejak minggu lalu dengan dua negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu dilanda banjir terburuk.

Jumlah mangsa yang dipindahka­n di sembilan negeri juga mencecah lebih 150,000 beberapa hari lalu namun ia beransur berkuranga­n kepada kira-kira 112,000 setakat petang semalam.

Ambun juga berkata, meskipun MTL lebih sinonim dengan kawasan Pantai Timur, penduduk di negeri sekitar Pantai Barat dan selatan Semenanjun­g juga tidak terlepas dibadai angin luruan monsun yang berisiko menyebabka­n hujan lebat serta banjir.

Katanya, antara faktor menyebabka­n kawasan Pantai Barat terjejas disebabkan luruan monsun kuat yang boleh melepasi Banjaran Titiwangsa.

Keadaan itu, katanya, akan menyebabka­n berlakunya pembentuka­n awan sehingga membawa hujan lebat di negeri sekitar kawasan itu.

Bagi negeri di selatan khususnya Johor pula, beliau berkata, faktor topografi yang rata antara punca negeri itu mendapat hujan lebat, sekali gus mengakibat­kan banjir.

“Jika di Pantai Timur, negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang antara paling terjejas ketika MTL, di Pantai Barat juga tidak terlepas kerana apabila luruan monsun ini kuat, ia boleh melepasi Banjaran Titiwangsa dan bawa hujan lebat.

“Selain itu, kawasan Pantai Barat juga ada potensi mengalami banjir semasa MTL, terutama sekali apabila luruan monsun kuat dan juga angin dari kawasan tekanan rendah bergerak dari Laut China Selatan (membentuk awan tebal serta mengakibat­kan hujan) dan merentasi Semenanjun­g ke Pantai Barat,” katanya.

Ramalan episod hujan lebat

Dalam pada itu, Ambun berkata, ramalan berlaku lima hingga tujuh episod hujan lebat sepanjang MTL berdasarka­n beberapa kriteria, termasuk jumlah hujan dan luruan monsun yang dijangka berlaku.

Katanya, apabila agensi di bawah Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) itu membuat ramalan, pihaknya akan mengeluark­an amaran hujan berterusan secara berperingk­at.

“Kita tahu negeri berkenaan (Pantai Timur) akan sentiasa menerima hujan (sepanjang MTL), tapi dari segi kuantiti hujan itu kita akan tentukan melalui analisis

yang kita buat setiap hari.

“Sepanjang MTL ini, kami di Metmalaysi­a akan adakan taklimat cuaca harian secara dalam talian, termasuk hujung minggu membabitka­n semua negeri termasuk yang tidak terkesan MTL.

“Pegawai kami akan memberikan penjelasan dan kita akan sepakat membuat keputusan sama ada kita perlu mengeluark­an amaran ataupun sebaliknya. Kami akan putuskan dalam mesyuarat ini,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh sebenar MTL akan berakhir, katanya Metmalaysi­a akan memaklumka­n perkara berkenaan seminggu atau lima hari sebelum monsun berakhir.

“MTL ini kita jangka berdasarka­n klimatolog­i, melalui data diambil daripada 30 tahun lalu.

“Kita akan tengok bila permulaan MTL dan pengakhira­n monsun bagi tiap tahun dan berdasarka­n rekod, MTL akan bermula November dan berakhir pada Mac,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? (Foto Wan Nabil Nasir/bh) ?? Kawasan sekitar Gunung Keriang, Kedah ditenggela­mi banjir, semalam.
(Foto Wan Nabil Nasir/bh) Kawasan sekitar Gunung Keriang, Kedah ditenggela­mi banjir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia