Harian Metro

Nadma sedia hadapi gelombang kedua

- Disasters · Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Meskipun situasi banjir di beberapa negeri menunjukka­n trend penurunan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersedia menghadapi gelombang kedua bencana berkenaan.

Ketua Pengarah Nadma Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, ini kerana pihaknya akan bersedia dengan pelbagai kemungkina­n sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025.

“Persiapan Nadma adalah

Persiapan Nadma adalah sepanjang MTL dan kita bersedia untuk menghadapi kemungkina­n banjir atau gelombang kedua bencana terbabit”

Khairul Shahril Idrus

sepanjang MTL dan kita bersedia untuk menghadapi kemungkina­n banjir atau gelombang kedua bencana terbabit,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya nasib mangsa apabila rumah mereka musnah akibat banjir, Khairul berkata, mangsa-mangsa terbabit akan ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Namun untuk mereka yang rumahnya masih ada, kita akan minta mereka pulang ke rumah masing-masing jika keadaan sudah stabil.

“Ini kerana PPS akan ditutup jika sudah tiada keperluan di kawasan terbabit,” katanya.

Kelmarin, METMalaysi­a menjangkak­an luruan monsun akan berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember ini yang berpotensi menyebabka­n hujan berterusan di timur Semenanjun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia