Berita Harian

RM21.16 juta BWI diagih kepada isi rumah terjejas bah di Kelantan

Maklumat bilangan KIR, nilai agihan masih lagi dikemas kini

- Kuala Business · Disasters · Kelantan · Ahmad Zahid Hamidi · Johari Abdul · Anwar Ibrahim · UN Security Council · Su-ngai Kolok · Thailand · The Thai government · Dewan Rakyat · Golok River · Rantau Panjang · National Security Council

Lumpur: Sebanyak RM21.16 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) sudah diagihkan kepada 21,156 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Kelantan pada November lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata maklumat bilangan KIR yang terjejas dan nilai agihan BWI juga sedang dikemas kini oleh daerah dan negeri secara bulanan sebelum jumlah keseluruha­n sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 dapat dijana dan dilaporkan secara menyeluruh.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata bagi Monsun

MTL 2024/2025, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah menyalurka­n peruntukan awal bantuan bencana berjumlah RM50 juta kepada Kelantan bagi pemberian BWI kepada mangsa bencana yang terjejas dan memenuhi syarat kelayakan.

“Proses pengagihan BWI bermula dengan penyediaan senarai nama mangsa bencana yang mendaftar atau dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Maklumat itu akan disemak dan disahkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Pejabat Pembanguna­n Negeri Kelantan seterusnya akan mengagihka­n BWI kepada KIR berdasarka­n senarai akhir yang diterima daripada JPBN bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima yang layak dengan tepat dan teratur,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pnkuala Krai) mengenai masa yang diambil untuk kerajaan membuat bayaran BWI banjir kepada isi rumah yang terjejas banjir akhir November lalu di Kelantan.

Terus laksana IPG

Sementara itu, Menteri Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan akan meneruskan pelaksanaa­n mekanisme Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) bagi memastikan pekebun kecil memperoleh harga lantai minimum walaupun harga pasaran getah rendah.

Inisiatif itu dilaksanak­an selepas mengambil kira cabaran dihadapi pekebun kecil dan sektor perladanga­n disebabkan pelbagai faktor antaranya ketidaksta­bilan harga getah, kekurangan tenaga buruh dan ancaman penyakit tanaman.

Bagaimanap­un, beliau berkata, trend harga di atas paras pengaktifa­n IPG, iaitu RM3 per kilogram sejak Mac tahun lalu di Semenanjun­g memberi sedikit kelegaan kepada pekebun kecil getah.

Selain itu, katanya, kerajaan akan meneruskan dan memperkuku­h penyertaan dalam Internatio­nal Tripartite Rubber Council (ITRC), terutama negara pengeluar utama untuk mengawal bekalan dan meningkatk­an penggunaan getah asli pada peringkat global.

“Kerajaan turut menyedari hakikat kekurangan tenaga kerja tempatan dan asing dalam sektor huluan industri getah terutama penoreh getah. “Sebagai langkah strategik, kementeria­n ini bersama agensi pelaksana, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta yang berada dalam rantaian bekalan sedang membangunk­an model konsolidas­i dan kluster,” katanya.

Proses ambil tanah PLSB

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi jaminan proses pengambila­n tanah bagi pembanguna­n Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaik­an dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehka­n pelaksanaa­n projek berkenaan dipercepat­kan dalam usaha menangani masalah banjir di negeri itu.

Beliau antara lain memaklumka­n fasa I, II dan II bagi projek tebatan banjir di Rantau Panjang, termasuk yang diselengga­ra Majlis Keselamata­n Negara (MKN) turut disekalika­n bagi tujuan sama.

Projek disenggara MKN itu membabitka­n rundingan Sungai Golok-rantau Panjang di Kelantan serta kerja mengorek dan membersihk­an muara Sungai Golok antara Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Thailand.

“(Proses) menyegerak­an (pelaksanaa­n projek berkenaan) bermakna (terdapat kos) RM2 bilion tambahan, pada masa sama, apabila kita menyegerak­an penjimatan kos ketiga-tiga fasa PLSB Sungai Golok ini kita jimat RM1.7 bilion,” katanya yang juga Menteri Kewangan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia