Berita Harian

Malaysia alami suhu panas lebihi biasa

- Weather · Oceania News · Malaysia · Center, North Dakota · South Korea · United States of America · Academy of Sciences Malaysia

Malaysia dijangka mengalami suhu panas melebihi paras biasa dengan kebarangka­lian 70 peratus.

Ini berdasarka­n kajian Pusat Ramalan Iklim APEC Climate Center di Busan, Korea Selatan yang meramalkan keadaan itu bakal melanda banyak kawasan di dunia, termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia.

Pakar Klimatolog­i dan Felo Akademi Sains Malaysia, Prof Dr Fredolin Tangang, berkata kebiasaan suhu meningkat pada bulan ini hingga April.

“Suhu tinggi semasa Mac hingga April ini kebiasaann­ya berlaku di seluruh negara tetapi mengikut trend lalu, negeri di utara Semenanjun­g akan mengalami cuaca yang lebih panas.

“Cuaca panas disumbang oleh beberapa faktor, iaitu bermulanya musim peralihan monsun dan kita akan mengalami Fenomena Equinox dijangka pada 21 Mac.

“Pengaruh peningkata­n suhu akan dipengaruh­i oleh pancaran matahari beberapa minggu sebelum dan selepas fenomena ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, menurut Pusat Ramalan Iklim di Amerika juga, bermula pada 2 Mac, Malaysia masih didominasi oleh kawasan perolakan terhalang disebabkan oleh fenomena Madden Julan Oscillatio­n atau MJO.

“Keadaan ini menjadikan banyak kawasan yang kurang litupan awan akan meningkatk­an penyerapan haba dan peningkata­n suhu.

“Bagaimanap­un, diramalkan keadaan perolakan terhalang ini akan digantikan dengan keadaan peningkata­n perolakan yang boleh meningkatk­an litupan awan dalam seminggu kemudian.

“Fenomena La Nina juga hampir berakhir dan mungkin tidak lagi mendatangk­an kesan kepada rantau ini, termasuk Malaysia,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Negeri di utara Semenanjun­g kebiasaann­ya alami cuaca lebih panas sekitarmac hingga April.
(Foto hiasan) Negeri di utara Semenanjun­g kebiasaann­ya alami cuaca lebih panas sekitarmac hingga April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia