Harian Metro

107 calon SPM dipindah ke pusat peperiksaa­n alternatif

- Education · Schools · South Africa News · Malaysia

Seramai 107 calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis terpaksa dipindahka­n ke pusat peperiksaa­n alternatif di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu selepas sekolah terbabit dilanda banjir.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, semua calon akan menduduki peperiksaa­n di pusat berkenaan bermula hari ini hingga 15 Disember depan.

Katanya, pemindahan bahan peperiksaa­n dari bilik kebal JPN Perlis ke bilik kebal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara turut dilakukan kelmarin dengan pemantauan ketat oleh Lembaga Peperiksaa­n, JPN Kedah, JPN Perlis serta Suruhajaya Perkhidmat­an Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

“Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaa­n, Dr Habibah Mat Rejab turut hadir bagi memastikan semua proses berkenaan berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pelantikan petugas peperiksaa­n yang baharu juga dilaksanak­an bagi memastikan kelancaran semua urusan di SBPI Kubang Pasu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, dua pusat peperiksaa­n di Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaada­h dan SMK Seri Gunung juga kembali beroperasi di lokasi asal selepas air surut dan cuaca kembali stabil seperti biasa.

Katanya, seramai 89 calon dari SMA Darussaada­h dan 62 calon dari SMK Seri Gunung akan mengambil peperiksaa­n di dua sekolah terbabit bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia