Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan perairan Sarawak, Sabah berpotensi guna teknologi OTEC, jana tenaga mampan

- Renewable Energy · Clean Tech · Ecology · Environmental Economics · Business · Sarawak · Sabah · Kudat · Miri · Malaysia · Tawau · Parliament of Malaysia

Beberapa kawasan di perairan Sarawak dan Sabah berpotensi untuk menerima pakai teknologi ‘Ocean Thermal Energy Conversion’ (OTEC) yang boleh menjana tenaga mampan.

Teknologi itu menghasilk­an kuasa elektrik melalui perbezaan suhu panas di permukaan air laut dan suhu sejuk air laut dalam dengan menggunaka­n enjin khas tanpa sebarang kesan negatif terhadap alam sekitar.

Menurut Pengarah Urusan WIPPD Limited Raj Mehndir, teknologi itu telah dibangunka­n seawal tahun 1880 dan berjaya dikomersia­lkan pada zaman ini.

“Di Sabah, kita telah mengenal pasti dua kawasan di perairan berdekatan Tawau dan Kudat manakala di Sarawak, terdapat sumber OTEC yang melimpah di perairan Miri.

“Kawasan tersebut sesuai kerana kedalaman air laut, berbanding dengan kawasan perairan di Semenanjun­g Malaysia di mana kedalaman laut tidak mencukupi aras yang sesuai untuk melaksanak­an OTEC dan kita tidak menemui kawasan yang sesuai.

“Bagi pelaksanaa­nnya pula, Sabah sudah mengambil inisiatif untuk menggubal polisi OTEC pada awal tahun.

“Melalui OTEC, Sabah mampu menjana sekitar 20GW tenaga daripada dua kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual selepas mesyuarat antara WIPPD dan Global OTEC Resources Limited bersama Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib di Parlimen Malaysia, baru-baru ini.

Hanifah menyambut baik aplikasi teknologi tersebut, lebih-lebih lagi Malaysia kini sedang dalam proses mentransfo­rmasikan ekonomi yang lebih mampan selari dengan Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB).

Ujar Raj lagi, teknologi ini memerlukan satu hingga dua tahun untuk dijadikan sumber tenaga diperbahar­ui selain tenaga hidro, solar, hidrogen, alga dan sebagainya.

“Salah satu kelebihan OTEC berbanding tenaga solar adalah ia boleh menjana tenaga mampan 24-jam walaupun ada gangguan cuaca di laut.

“Ini boleh merubah landskap bekalan tenaga terutama di kawasan yang bergantung kepada sumber bahan api fosil,” kata Raj.

Setakat ini, WIPPD dan Global OTEC sedang giat mengadakan sesi libat urus bersama beberapa pihak berkepenti­ngan di Malaysia termasuk Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam selain Kementeria­n Ekonomi.

 ?? ?? KENANGAN: Hanifah (lima kiri) bersama wakil WIPPD dan Global OTEC Resources Limited selepas mesyuarat baru-baru ini.
KENANGAN: Hanifah (lima kiri) bersama wakil WIPPD dan Global OTEC Resources Limited selepas mesyuarat baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia