Harian Metro

Sudah kenal pasti 449 ‘hotspot’ banjir

- Weather · Disasters · Terengganu · Kuala Terengganu

Kuala Terengganu:

Sebanyak 449 lokasi hotspot banjir di Terengganu dikenal pasti sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Utiliti dan Pembanguna­n Luar Bandar Terengganu (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat.

Menurutnya, pengenalpa­stian lokasi itu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membolehka­n persediaan dan awal dilakukan.

Katanya, kerajaan menjangkak­an terdapat lima hingga tujuh luruan monsun yang membawa episod hujan lebat dan berterusan terutama di Pantai Timur Semenanjun­g.

“Sebanyak 97 lokasi di Kuala Terengganu, diikuti Hulu Terengganu (66 kawasan), Setiu (58 kawasan), Dungun (56) kawasan), Kemaman (55 kawasan), Kuala Nerus (48 kawasan), Marang (35 kawasan) dan Besut (34 kawasan),” katanya.

Hanafiah menjawab soalan dikemukaka­n

Azbi Salleh (Kuala Besut-PAS)

mengenai persiapan kerajaan negeri menghadapi musim tengkujuh di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu di sini, semalam.

Katanya, semua agensi kerajaan pusat dan negeri sudah diminta untuk memastikan aset, logistik dan sistem amaran awal bencana berfungsi dengan baik.

Katanya, beberapa pelan tindakan sudah dibincang menerusi Mesyuarat Penyelaras­an Persediaan Menghadapi MTL.

“Kawasan rendah dan berhampira­n muara sungai di negeri ini turut dikenal pasti berisiko berlaku limpahan air sekiranya fenomena air pasang besar berserta hujan lebat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia