Harian Metro

Tiga PPS terakhir di Johor ditutup

- Weather · Disasters · Kota Tinggi · Johor Bahru

Situasi banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup, semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumka­n tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian; dan Dewan Serbaguna Kahang serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang.

“Kesemua 230 orang daripada 72 keluarga yang ditempatka­n di tiga PPS tersebut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, setelah air banjir surut dan keadaan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, keadaan cuaca di Pontian diramalkan hujan, manakala Muar mendung, sementara lapan daerah yang lain dijangka cerah,” katanya.

Johor kembali dilanda bencana banjir membabitka­n daerah Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Kulai dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan pada 10 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia