Berita Harian

Lebih 100,000 anggota dan aset pelbagai agensi bantu mangsa

Pasukan pantau rapi setiap hari jaga keselamata­n rakyat sepanjang Monsun Timur Laut

- Oleh Nuratikah Athilya Hassan bhnews@bh.com.my Disasters · Badminton · Sports · Malaysia · Royal Malaysian Police · Penang · Terengganu Polygon Cycling Team · Sabah · Kuala Lumpur · Tenaga Nasional · Facebook · Ministry of Health · Malaysian Armed Forces · Abu Bakr · Terengganu · Kelantan · Kota Bharu · Puchong · Universiti Malaysia Kelantan · Bachok

Lebih 100,000 anggota dan aset daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditugaskan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Agensi lain terbabit Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pasukan agensi berkenaan juga memantau dengan rapi setiap hari bagi memastikan keselamata­n rakyat sentiasa terjamin sepanjang ketibaan Monsun Timur Laut (MTL).

Katanya, beliau meninjau kesiapsiag­aan pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara di Pusat Kawalan Bencana Negara Pulau Meranti, Puchong untuk mendengar taklimat pengurusan bencana, semalam.

“Saya dimaklumka­n 11,009 mangsa daripada 3,839 keluarga ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitka­n 14 daerah di tujuh negeri.

“Mobilisasi lebih 100,000 anggota membabitka­n pelbagai agensi sudah digerakkan ke lokasi operasi bagi memastikan kesiapsiag­aan bantuan serta menyelamat,” menurutnya dalam hantaran di media sosial rasmi.

Memetik laporan BERNAMA, Shamsul Azri juga meminta semua anggota pasukan terbabit agar memberi keutamaan kepada pelajar menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya di kawasan terjejas agar mereka dapat meneruskan peperiksaa­n dalam keadaan baik dan selamat.

Dalam laporan terkini, lapan negeri terjejas banjir iaitu Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kedah, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Sabah jumlah mangsa setakat jam 8 pagi semalam meningkat kepada 10,922 orang dengan Kelantan merekodkan bilangan paling tinggi yang ditempatka­n di 33 PPS.

Musim MTL bermula pada 13 November lalu dan dijangka berterusan hingga Mac 2026.

TNB henti bekalan

Di Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentik­an bekalan elektrik di beberapa kawasan terjejas banjir bagi tujuan keselamata­n.

Dalam kenyataan dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kawasan terbabit di Kelantan ialah asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan

Taman Bendahara di Kota Bharu serta Wakaf Aik di Bachok.

“Di Perak, bekalan turut dihentikan di Taman Wira Damai dan Taman Mas, Manjung.

“Bagaimanap­un, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) terjejas bekalan elektrik.

“Bagi memastikan kesinambun­gan bekalan di kawasan kritikal, TNB menyediaka­n genset di lokasi strategik dan memulihkan bekalan melalui genset di pencawang yang selamat untuk dioperasik­an,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Dalam kenyataan sama, Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaporkan tiada fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir.

Bagi memastikan perkhidmat­an perubatan berjalan lancar, KKM menggerakk­an 31 pasukan perubatan kecemasan (EMT) ke PPS yang beroperasi.

“Pasukan itu merangkumi 20 Rapid Response Team (RRT) Kesihatan dan 11 RRT Perubatan yang i menyediaka­n rawatan perubatan kepada mangsa dan melaksanak­an langkah pencegahan penyakit di PPS,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Shamsul Azri
Shamsul Azri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia