Harian Metro

RM50 juta untuk Terengganu, Kelantan

PM umum peruntukan tambahan kepada mangsa banjir 2 negeri

- Setiu Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my Terengganu · Kelantan · Anwar Ibrahim · JPMorgan Chase

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka­n peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta untuk mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri berkenaan.

Anwar berkata, peruntukan tambahan segera disalurkan melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM25 juta untuk Terengganu manakala RM25 juta lagi untuk Kelantan.

Menurutnya, kedua-dua negeri itu sebelum ini masing-masing menerima RM50 juta, namun peruntukan tambahan diberikan susulan keadaan banjir semakin serius.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki infrastruk­tur asas seperti jalan dan pembentung termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.

“Dari segi kerajaan Persekutua­n, seperti mana yang telah diumumkan, kita akan beri seluruh kerjasama bantuan yang penuh.

“Untuk Kelantan dan Terengganu seperti mana yang kita umumkan, RM50 juta telah diputuskan untuk disalurkan kemudian saya dapat maklumat lagi tentang keperluan-keperluan terakhir ini.

“Kita sudah lulus selain daripada RM50 juta itu, tambahan kerana nampak jumlah yang terkesan jauh lebih besar daripada unjuran awal. Ini kita tambah lagi RM25 juta yang saya umum hari ini iaitu RM75 juta (untuk Kelantan dan Terengganu), ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Papan di sini, semalam yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut melawat SK Mangkok di sini.

Katanya, pihaknya menjangkak­an RM1 bilion diperlukan untuk bantuan banjir di seluruh negara.

“Untuk negeri-negeri lain, kita sedang pantau. Saya tidak mahu jadi salah

“Kita sudah lulus selain daripada RM50 juta itu, tambahan kerana nampak jumlah yang terkesan jauh lebih besar daripada unjuran awal. Ini kita tambah lagi RM25 juta yang saya umum hari ini iaitu RM75 juta (untuk Kelantan dan Terengganu)” Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

faham dan akan memenuhi keperluan dan saya jangka jumlah keseluruha­n banjir kali ini hampir mencecah RM1 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumka­n bantuan khas kewangan RM500 kepada setiap penjawat awam negeri Terengganu.

Katanya, ia membabitka­n lebih 14,000 penjawat awam Terengganu dengan peruntukan keseluruha­n akan disalurkan kerajaan negeri adalah sebanyak RM7.4 juta

“Kita tengok semua bertugas dengan begitu baik. Alhamdulli­lah, tengok APM, bomba, pejabat daerah, hospital, jururawat...jadi saya sangat terkesan dengan cara khidmat mereka itu tanpa lelah.

“Seperti mana yang Menteri Besar (Ahmad Samsuri) pernah sebut ganjaran untuk penjawat awam Terengganu ini 14,000 orang (beri) RM500, jadi saya setuju luluskan, maknanya untuk bulan ini RM500 yang berjumlah sekitar RM7.4 juta,” katanya.

 ?? - Gambar NSTP/GHAZALI KORI ?? ANWAR menyantuni manga banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Mangkok, Setiu, semalam. Turut sama, Dr Ahmad Samsuri (kanan).
- Gambar NSTP/GHAZALI KORI ANWAR menyantuni manga banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Mangkok, Setiu, semalam. Turut sama, Dr Ahmad Samsuri (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia