Berita Harian

Pulau Pinang pulih, tujuh negeri masih terjejas

- Disasters · Penang · Kuala Lumpur · Kelantan · Terengganu · Pahang · Pasir Mas · Gua Musang · Seberang Perai · Kota Bharu · Tumpat · Bachok · Tanah Merah · Machang · Kuala Krai · Rantau Panjang · Padang Besar · Bata Limited

Kuala Lumpur: Banjir di Pulau Pinang pulih sepenuhnya, namun tujuh negeri masih terjejas dengan Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Terengganu terus mencatatka­n pertambaha­n jumlah mangsa.

Mangsa banjir di Selangor menunjukka­n sedikit penurunan dan keadaan di Pahang kekal tidak berubah setakat 6 petang semalam.

Di Pulau Pinang, pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di daerah Seberang Perai Tengah ditutup jam 11 pagi semalam selepas semua lapan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masingmasi­ng.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir bertambah kepada 10,580 orang daripada 4,024 keluarga berbanding 9,615 pada pagi semalam yang ditempatka­n di 61 PPS di sembilan jajahan terjejas iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Berdasarka­n laman web Infopublic Banjir Jabatan Pengairan

dan Saliran (JPS), paras air di beberapa sungai utama di Kelantan terus menunjukka­n peningkata­n dengan beberapa stesen merekodkan bacaan melepasi tahap amaran dan bahaya setakat 3 petang.

Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang meningkat kepada 9.31 meter (m), melepasi tahap bahaya 9m, manakala paras air Kampung Jenob berada pada 23.67m, melepasi tahap bahaya 23.50m.

Turut mencatatka­n peningkata­n ialah Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang yang merekodkan 59.66m, melepasi tahap bahaya 59m, dengan trend menaik.

Di Perlis, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,593 orang dengan penambahan satu lagi PPS setakat jam 6 petang, berbanding 6,087 mangsa yang ditempatka­n di 20 PPS pada pagi.

Sekretaria­t Pengurusan Bencana Negeri Perlis memaklumka­n kawasan banjir membabitka­n Padang Besar, Arau dan Kangar.

Di Perak, jumlah mangsa banjir di lapan daerah di negeri itu meningkat kepada 4,700 orang daripada 1,514 keluarga berbanding 4,345 orang pada pagi kelmarin yang berlindung di 44 PPS.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,339 orang daripada 1,148 keluarga setakat jam 6 petang berbanding 3,049 orang pada pagi dengan Pokok Sena menjadi daerah baharu terjejas akibat bencana itu.

Bagaimanap­un, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumka­n jumlah mangsa dari daerah itu yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Pokok Sena masih dalam bancian, manakala daerah Kubang Pasu mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi membabitka­n 2,357 orang dan Kota Setar (878).

Laman web Infopublic Banjir JPS memaklumka­n sembilan sungai di Kedah melepasi tahap bahaya, antaranya Sungai Anak Bukit dengan 3.37m, Sungai Padang Terap (4.55m), Sungai Bata (11.106m), Wang Tepus (10.195m) dan Sungai Baru (2.018m).

Di Terengganu, mangsa banjir ialah 2,416 orang daripada 749 keluarga petang semalam.

Sebanyak tiga sungai di negeri itu berada pada paras bahaya iaitu Sungai Setiu dan Sungai Chalok di Setiu serta Sungai Besut di Besut. BERNAMA

 ?? (Foto Wan Nabil Nasir/bh) ?? Bandar Kangar yang masih ditenggela­mi banjir.
(Foto Wan Nabil Nasir/bh) Bandar Kangar yang masih ditenggela­mi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia