Harian Metro

Tertimbus awal pagi!

- Disasters · Incidents · Sarawak · Lima · Muhammad · Wan Junaidi Tuanku Jaafar · Ahmad Zahid Hamidi · Sabah · Malaysia

Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, di sini dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh awal pagi kelmarin yang meragut lima nyawa.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada 6.50 petang dengan penemuan mangsa terakhir seorang wanita dewasa pada 6.06 petang yang berjaya dikeluarka­n 20 minit kemudian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata lima mangsa yang terkorban ialah Sazarena Arabi, 41, Fatimah Dawi, 71,

Irsyad Syairah, 16, Nur Raisyah Syahirah, 8, dan Nur Rania Syafiqah, 11.

Semua mangsa tinggal serumah dan dua lagi penghuni rumah berkenaan iaitu Nur Irsalina Syairah, 17, mengalami kecederaan

patah kaki kanan dan sedang menerima rawatan, manakala Arabi Samsudin, 71, tidak mengalami kecederaan.

Lima sekeluarga yang tinggal di sebuah lagi rumah terbabit dalam insiden itu terselamat iaitu

Muhammad Mahmud, 60, Nur Athirah Nabinah, 29, Nur Afiqah 29, dan Nur Aqilah Nadirah, 18, manakala Massahan Mustafa, 58, cedera ringan di kaki kiri.

Tragedi berkenaan mendapat perhatian Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menzahirka­n rasa dukacita terhadap insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara, turut berdukacit­a dengan kejadian menyayat hati yang berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan meminta orang ramai agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga Jumaat ini.

 ?? ?? ANGGOTA bomba membawa jasad mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi kelmarin.
ANGGOTA bomba membawa jasad mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi kelmarin.
 ?? ?? NUR Raisyah Syahirah
NUR Raisyah Syahirah
 ?? ?? NUR Rania Syafiqah
NUR Rania Syafiqah
 ?? ?? IRSYAD Syairah
IRSYAD Syairah
 ?? ?? SAZARENA
SAZARENA
 ?? ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia