Harian Metro

Ujian Bertutur SPM diteruskan

- Disasters · Education · South Africa News · Malaysian Ministry of Education · Malaysia · Kelantan · Malaysian Armed Forces · education in Malaysia · Terengganu

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualka­n bermula hari ini hingga Khamis selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira ramalan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL) yang berkemungk­inan berpanjang­an sehingga Februari 2025.

“KPM sedia melaksanak­an peperiksaa­n dalam situasi banjir berdasarka­n kepada prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung dan Pelan Tindakan Menghadapi MTL.

“KPM juga bekerjasam­a dengan agensi seperti NADMA, Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan peperiksaa­n SPM berjalan lancar,” katanya pada Sidang Media Khas Pengurusan Banjir KPM dan Persiapan Peperiksaa­n SPM di sini, semalam.

Fadhlina berkata, seramai 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir di tiga negeri iaitu Kelantan seramai 3,111 calon, Terengganu (1,734 calon) dan Kedah (532 calon).

Beliau berkata, semua calon terjejas banjir akan ditempatka­n di asrama atau digerakkan ke pusat peperiksaa­n alternatif bagi memastikan kesemua calon dapat keselesaan untuk menduduki peperiksaa­n mengikut jadual ditetapkan.

Fadhlina berkata, setakat ini, pemindahan calon terkesan banjir sedang dilaksanak­an di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di ketiga-tiga negeri khususnya di Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia